Showing posts with label OoM Tragis. Show all posts
Showing posts with label OoM Tragis. Show all posts

Thursday, August 7, 2014

OoM tragis: Iklan Syarikat Telekomunikasi yang Mengelirukan

m a c a m m a n a ?

Macam-macam taktik sudah. Apa saja jenis iklan kadang-kadang boleh buat sakit hati kalau kita tahu apa sebenarnya the "hidden term and condition". Sampai bila kita sebagai pengguna harus menanggung?

Banyak company sekarang cuba mempotraitkan entiti syarikat mereka sebagai "terbaik", "termurah" "terbagus" dan sebagainya. Tapi realitinya?


Cuba tengok iklan di atas. Ini ialah iklan sebuah syarikat telco terkemuka di Malaysia di Berita Harian bertarikh 7/7/2014. Apa yang tak kena?

Aku rungkaikan satu persatu berdasarkan pengetahuan aku yang tak seberapa.

1. Bebas daripada penggunaan internet tidak disengajakan - Tiada caj untuk penggunaan data yang tidak disengajakan (sehingga 250KB)

 Aku sangat bengang bila baca statement ini. Sebab apa? Tiada caj data atau internet itu bagus. Tapi adakah kamu tahu 250kb itu apa tarafnya? Tarafnya adalah saiz sekeping gambar berukuran passport yang kualitinya adalah rendah. Itu tarafnya 250KB. Apa yang boleh dibuat dengan 250KB data/internet? Adalah tidak jelas sekiranya melebihi 250KB apa yang terjadi. Adakah pengguna akan dicaj selepas penggunaan lebih 250KB? Ini adalah menipu. Sebabnya, adalah berkemungkinan besar kalau pengguna lupa untuk off internet/3G/hsdpa pada telefon, penggunaan internet memang akan pasti sangat lebih 250KB. Tertekan saja facebook, loading page sekejab memang akan lebih 250KB. 250KB itu adalah hanya dicelah gigi.

Aku pelik. Iklan sebesar satu mukasurat di suratkhabar arus perdana menunjukkan info yang sangat sedikit. Aku masih lagi keliru, sekiranya lebih 250KB apa akan terjadi? kena caj berlebih kah?

Hanya sekadar untuk pengetahuan para pembaca sekalian, caj berdasarkan penggunaan atau pay per use charge adalah 10 sen/per kb. atau dalam bahasa mudahnya 1 sen per kb.

jom buat pengiraan mudah:

1MB= 1024 KB

1024 KB x 0.01 sen: RM 10.24 sen.

Nilai lebih kurang 1 MB adalah video berkualiti rendah durasi lebih kurang 2 hingga 5 minit. Atau mungkin 4 hingga 5 kali refresh bila on facebook.

Baru 1MB beb, bukan 10 MB.

Untuk pengetahuan pengguna sekalian, capping RM 250 atau maximum charge akan dikenakan untuk penggunaan internet pay per use atau jika tiada data plan.  Ini bermaksud sekiranya anda secara tak sengaja atau sengaja terguna internt/3G/hsdpa, lebih banyak mana sekalipun anda tetap kena caj RM 250.

2. Bebas daripada caj berlebihan- (tiada masalah sebab aku tak berapa arif tentang ini- sebab semua boleh mengaku dia paling bagus)

3. Bebas untuk berinternet- Tiada caj tambahan selepas melebihi had kelajuan tinggi.

Betul anda tak akan kena caj tambahan jika anda exceed quota internet anda. Tapi, speednya memang sangat menyakitkan hati. Ibarat kata, buat cukup syarat sahaja. Speednya hanyalah 64 kbps. Gila slow tau dak. Dan caj untuk quota upgrade adalah agak mahal. bayangkan 50MB untuk RM 10? 50MB itu tarafnya mungkin hanya video youtube berdurasi 30 hingga 40 minit.

Anda tahu macam mana TIADA CAJ TAMBAHAN SELEPAS MELEBIHI HAD BERKELAJUAN TINGGI  ini berfungsi?

Ok macam ini. Sekiranya anda plan data adalah 1GB, sebenarnya anda hanya boleh guna lebih kurang 850MB data sahaja. Lagi 150MB inilah yang di reserve untuk TIADA CAJ TAMBAHAN SELEPAS MELEBIHI HAD BERKELAJUAN TINGGI. Tiada yang free sebenarnya. Dan tiada sebenarnya yang dikatakan tiada caj tambahan. Tiada caj tambahan itu sebenarnya di caj secara hidden kepada pengguna.

Pengguna sebenarnya dibebankan. Semuanya atas pengguna dan terma "TIADA". 'FREE", 'PERCUMA", digunakan secara sewenang-wenangnya untuk tujuan promosi dan menunjukkan bahawa "AKULAH YANG PALING BAGUS".

Dan servis syarikat Telco di Malaysia bukanlah bagus sangat. Drop call selalu sangat dah. Line takdak satu hal. Time raya problem dan macam-macam lagi. Dan paling bengang adalah untuk pengguna prepaid (sebab aku guna prepaid dah sebab dah menyampah sangat dengan hidden charge pospaid) voicemailbox adalah automatik dan pengguna blur kadang-kadang macam mana nak disable voicemailbox ni. Sekali call masuk voicemailbox dah kena caj 10 sen ke 20 sen. Dan pengguna pun bukan nak guna sangat voicemailbox. Baru seorang. Kalau 1 juta orang? RM 100,000 tau dak syarikat telco di dapat. Sebab keuntungan free macam ni lah voicemail box ini adalah automatik dan bukanlah service on demand. Kalau nak batalkan kena call atau dial sesuatu.

Ini adalah realiti yang harus kita telan dalam era bisnes kapitalism.

Yang kaya terus kaya dan miskin terus miskin.

Tuesday, August 5, 2014

OoM Tragis: Mati kerana Selfie

t r a g i s !



Seorang lelaki dari Mexico telah mati selepas secara tak sengaja tertembak diri sendiri semasa sedang mengambil gambar selfie dengan senanpang yang mempunyai peluru.

Oscar Otero Aguilar yang bekerja di sebuah kedai haiwan peliharaan dikatakan mabuk ersamasama kawan beliau di Madero, sebuah bandar yang terletak di utara Mexico. Beliau dikatakan seorang yang suka berselfie dan upload gambar selfie beliau di media sosial. Account facebook beliau ada menunjukkan gambar beliau sedang mabuk, ambik gmbar dengan kereta, motosikal, dan perempuan. Dia dikatakan berada di rumah bersama dua rakan serumahnya, Omar Abner Campos Vives dan seorang lagi yang dikenali dengan nama "El Paco". Seorang jiran beliau, Manfredo Paez Paez telah mendengar bunyi tembakan dan jeritan dan kemudian beliau terus menghubungi polis. Semasa ditemui, Oscar masih hidup.


Thursday, July 24, 2014

OoM Tragis: Traffic Jammed di tengah Hutan (15 GAMBAR)



p e l i k !

Adalah sesuatu yang pelik sekiranya dalam hutan teal, tiba-tiba ada traffic jammed kereta yang terbiar. Malays be like "perkampungan bunian", "fenomena aneh", "hantu angkat kereta" dan sebagainya. Semuanya akan jadik pelik kalau kita tak tau hujung pangkal dan cerita yang sebenar.

Di tengah-tengah hutan kecik berhampiran Chatillon, selatan Belgium terdapat perkuburan kereta-kerata klasik yang ditinggalkan. Sekali tengok macam kereta-kereta ni tersangkut macam traffic jammed dan sesuatu terjadik dan pemandunya lari keluar selamatkan diri dan tinggalkan kereta depa. Tapi cerita sebenarnya adalah kereta-kereta ni adalah milik tentera US yang titugaskan di wilayah ini pada zaman pasca perang. Adalah tidak diketahui macam mana depa boleh dapat kereta ni ada masa perang. Bila Perang Dunia ke 2 berakhir, semua askar-askar ni telah dihantar balik ke US, tapi oleh sebab kos shiiping untuk hantar kereta depa ni balik US balik adalah mahal, maka kereta-kereta ni terbiar saja cam gini di negara Moron Fellani. Kereta-kereta ni dibawak menaiki bukit dan kemudian diparking ditempat yang kononnya orang tak akan tahu dan tersembunyi dan askar-askar ni pun kembali la balik kat US. Dan bila dah balik pun keadaan tetap jugak tak berubah dan kalau la askar-askar ni nak retrive balik depa punya kereta, kosnya tetap juga sangat mahal dan akhirnya takdak satu pun kereta-kereta ni dibawak balik ke US. 

Di Chatilon ni sebenarnya terdapat 4 lagi perkuburan kereta-kereta klasik yang mana satu satu tepat boleh menampung lebih kuran 500 biji kereta. Lama-lama kereta klasik ni terbiar dan makin bekarat dan apa yang tinggal telah diambil sama ada oleh pencuri atau pengumpul kereta klasik.




Saturday, July 19, 2014

OoM Tragis: Koleksi Mak Bapak yang Teruk (11 GAMBAR)

p a r e n t i n g f a i l !

Anak-anak ibarat kain putih. Kitalah yang mencorakkannya. lULZ!

j o m u s h a !



Tuesday, June 10, 2014

OoM Tragis: Bukti Whatsapp Suami Kantoi Curang Masa dengan Isteri masa Kursus

t r a g i s s u n g g u h !

Para suami sekalian, pleaselah. tolong jangan curang. *serius*


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



SUMBER: KAKI FANTASY FOOTBALL

JANGAN LUPA LIKE FANPAGE OUT OF MIND!

KLIK SINI UNTUK GAMBAR NORA DANISH. ERRRMMM :p

Saturday, June 7, 2014

OoM Tragis: Hasil Pembedahan Plastik yang Tragis (9 Gambar)

t r a g i s & s a l a h !

Kebanyakan manusia yang undergo plastic surgery nak kelihatan cantik. But most of the time gone wrong bila mana buat pembedahan ubahsuai muka menjadi satu ketagihan. Dan, yang utama, bagi k-poperz sekalian perlu diingat bahawa kebanyakan artis korea yang menjadi kegilaan hangpa ramai yang fake dan tunggu masa saja jadik seperti gambar di bawah. Ahahaha!

j o m t e n g o k !