Macam-macam taktik sudah. Apa saja jenis iklan kadang-kadang boleh buat sakit hati kalau kita tahu apa sebenarnya the "hidden term and condition". Sampai bila kita sebagai pengguna harus menanggung?
Banyak company sekarang cuba mempotraitkan entiti syarikat mereka sebagai "terbaik", "termurah" "terbagus" dan sebagainya. Tapi realitinya?
Cuba tengok iklan di atas. Ini ialah iklan sebuah syarikat telco terkemuka di Malaysia di Berita Harian bertarikh 7/7/2014. Apa yang tak kena?
Aku rungkaikan satu persatu berdasarkan pengetahuan aku yang tak seberapa.
1. Bebas daripada penggunaan internet tidak disengajakan - Tiada caj untuk penggunaan data yang tidak disengajakan (sehingga 250KB)
Aku sangat bengang bila baca statement ini. Sebab apa? Tiada caj data atau internet itu bagus. Tapi adakah kamu tahu 250kb itu apa tarafnya? Tarafnya adalah saiz sekeping gambar berukuran passport yang kualitinya adalah rendah. Itu tarafnya 250KB. Apa yang boleh dibuat dengan 250KB data/internet? Adalah tidak jelas sekiranya melebihi 250KB apa yang terjadi. Adakah pengguna akan dicaj selepas penggunaan lebih 250KB? Ini adalah menipu. Sebabnya, adalah berkemungkinan besar kalau pengguna lupa untuk off internet/3G/hsdpa pada telefon, penggunaan internet memang akan pasti sangat lebih 250KB. Tertekan saja facebook, loading page sekejab memang akan lebih 250KB. 250KB itu adalah hanya dicelah gigi.
Aku pelik. Iklan sebesar satu mukasurat di suratkhabar arus perdana menunjukkan info yang sangat sedikit. Aku masih lagi keliru, sekiranya lebih 250KB apa akan terjadi? kena caj berlebih kah?
Hanya sekadar untuk pengetahuan para pembaca sekalian, caj berdasarkan penggunaan atau pay per use charge adalah 10 sen/per kb. atau dalam bahasa mudahnya 1 sen per kb.
jom buat pengiraan mudah:
1MB= 1024 KB
1024 KB x 0.01 sen: RM 10.24 sen.
Nilai lebih kurang 1 MB adalah video berkualiti rendah durasi lebih kurang 2 hingga 5 minit. Atau mungkin 4 hingga 5 kali refresh bila on facebook.
Baru 1MB beb, bukan 10 MB.
Untuk pengetahuan pengguna sekalian, capping RM 250 atau maximum charge akan dikenakan untuk penggunaan internet pay per use atau jika tiada data plan. Ini bermaksud sekiranya anda secara tak sengaja atau sengaja terguna internt/3G/hsdpa, lebih banyak mana sekalipun anda tetap kena caj RM 250.
2. Bebas daripada caj berlebihan- (tiada masalah sebab aku tak berapa arif tentang ini- sebab semua boleh mengaku dia paling bagus)
3. Bebas untuk berinternet- Tiada caj tambahan selepas melebihi had kelajuan tinggi.
Betul anda tak akan kena caj tambahan jika anda exceed quota internet anda. Tapi, speednya memang sangat menyakitkan hati. Ibarat kata, buat cukup syarat sahaja. Speednya hanyalah 64 kbps. Gila slow tau dak. Dan caj untuk quota upgrade adalah agak mahal. bayangkan 50MB untuk RM 10? 50MB itu tarafnya mungkin hanya video youtube berdurasi 30 hingga 40 minit.
Anda tahu macam mana TIADA CAJ TAMBAHAN SELEPAS MELEBIHI HAD BERKELAJUAN TINGGI ini berfungsi?
Ok macam ini. Sekiranya anda plan data adalah 1GB, sebenarnya anda hanya boleh guna lebih kurang 850MB data sahaja. Lagi 150MB inilah yang di reserve untuk TIADA CAJ TAMBAHAN SELEPAS MELEBIHI HAD BERKELAJUAN TINGGI. Tiada yang free sebenarnya. Dan tiada sebenarnya yang dikatakan tiada caj tambahan. Tiada caj tambahan itu sebenarnya di caj secara hidden kepada pengguna.
Pengguna sebenarnya dibebankan. Semuanya atas pengguna dan terma "TIADA". 'FREE", 'PERCUMA", digunakan secara sewenang-wenangnya untuk tujuan promosi dan menunjukkan bahawa "AKULAH YANG PALING BAGUS".
Dan servis syarikat Telco di Malaysia bukanlah bagus sangat. Drop call selalu sangat dah. Line takdak satu hal. Time raya problem dan macam-macam lagi. Dan paling bengang adalah untuk pengguna prepaid (sebab aku guna prepaid dah sebab dah menyampah sangat dengan hidden charge pospaid) voicemailbox adalah automatik dan pengguna blur kadang-kadang macam mana nak disable voicemailbox ni. Sekali call masuk voicemailbox dah kena caj 10 sen ke 20 sen. Dan pengguna pun bukan nak guna sangat voicemailbox. Baru seorang. Kalau 1 juta orang? RM 100,000 tau dak syarikat telco di dapat. Sebab keuntungan free macam ni lah voicemail box ini adalah automatik dan bukanlah service on demand. Kalau nak batalkan kena call atau dial sesuatu.
Ini adalah realiti yang harus kita telan dalam era bisnes kapitalism.
Yang kaya terus kaya dan miskin terus miskin.
Xkan nak bg 1gb free baru tau xsengaja.. adooii. Dh diberi betis nak peha. Dh tau xsubscribe data..jgn laa bukak data.
ReplyDeleteIni yang aku bangkitkan.
Delete"Bebas daripada penggunaan internet tidak disengajakan - Tiada caj untuk penggunaan data yang tidak disengajakan (sehingga 250KB)".
Bukannya data free. Cuma perkataan "FREE" "PERCUMA" tak menunjukkan free atau percuma yang sebenar. Alih-alih pegguna jugak kena.
Complain berasaskan emosi.. bias, supposely buat comparison dlu, xbleh ckp melulu. Smua cmpany dlm dunia ni xperfect. MAS pn bleh kne tembak n hilang, Microsoft pn kengkadang cipta software xstabil, HP pn bleh buat computer hang, everything is not perfect bro. Klu ade yg perfect xde laa persaingan dlm dunia ni
ReplyDeleteAkui tidak menyebut mana-mana company telco dengan jelas dalam artikel diatas. Jadik comparison tidak menjadi hal. GENERAL. Yes bro tidak ada company yang tidak stabil dalam dunia. Tapi, kalau keuntungan percuma melalui servis automatik yang orang tak nak dan menyusahkan macam voicemailbox itu macam mana?
Delete" Dan paling bengang adalah untuk pengguna prepaid (sebab aku guna prepaid dah sebab dah menyampah sangat dengan hidden charge pospaid) voicemailbox adalah automatik dan pengguna blur kadang-kadang macam mana nak disable voicemailbox ni. Sekali call masuk voicemailbox dah kena caj 10 sen ke 20 sen. Dan pengguna pun bukan nak guna sangat voicemailbox. Baru seorang. Kalau 1 juta orang? RM 100,000 tau dak syarikat telco di dapat. Sebab keuntungan free macam ni lah voicemail box ini adalah automatik dan bukanlah service on demand. Kalau nak batalkan kena call atau dial sesuatu"