Showing posts with label OoM Thought. Show all posts
Showing posts with label OoM Thought. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

OoM Thought: Siapakah yang salah?

Ini adalah repost dari entri di blog lama.berdasarkan kisah benar. 


 Maaf para wanita: Entri ini untuk menyedarkan anda..

Tadi, aku borak-borak dengan kawan lama kat Facebook.. Borak punya borak keluar satu story yang aku rasa memang wajar kaum wanita jadikan pedoman.

Kawan aku berkongsi dengan aku pasal cerita beliau dengan rakan beliau yang sekarang sedang menjanda tak sudah. Ceritanya macam ni.. Aku namakan kawan kepada kawan aku yang bermasalah tersebut sebagai Betty (bukan Ugly Betty).

Betty ni seorang pelajar IPTA jurusan ********. Cantik, bergaya, manja, comel. Pendek kata semua yang best bagi kepada beliau.

Betty mula kenal dengan seorang lelaki agak-agak hampir separuh abad (rumah kata pergi, kubur kata mari-mari), aku namakan Ali, secara tak sengaja masa beliau dan ayah beliau nak beli kereta untuk kegunaan Betty ulang alik ke kelas. Konon jauh la kan (padahal naik bas pun boleh). Sejak dari mula pertemuan secara tak sengaja tue, Betty dan Ali mula rapat. Sebabnya, ayah Betty ni teman beliau sekali saja. Lepas tue semua hal pasal kereta tersebut Betty uruskan. Jadi, memang si Ali ni akan selalu contact Betty dan lama-lama makin rapat. Ditambah pulak si Ali ni bagi pulak pakej percuma, beli kereta percuma kelas memandu (macam cerita Impak Maksima) maka makin la rapat si Betty dengan Ali ni.

Ali memang terus terang katakan kepada Betty bahawa dia memang dah beristeri, anak dah nak masuk 5. Ali terus terang katakan kepada Betty dia tak bahagia dengan isteri beliau. Dan dalam hal ini, status Ali memang Betty tahu dari mula lagi.

Saturday, June 7, 2014

OoM Throwback: Cukupkah Kita Bersyukur?

Ini adalah repost dari blog aku yang lama..

Cukuplah kita bersyukur dengan nikmat fitrah tersebut?


Gambar: Ihsan Google

Kita tidak bersyukur dengan menzalimi diri sendiri. Tersalah berkawan melampau batas sampai terlebih sudah terhilang dara bagi wanita.

Betulkah itu yang termaktub namanya CINTA? Kalau cinta mesti tak buat kan?

Beberapa minggu lepas, membe umah aku sendiri tengok dengan tragis percubaan bunuh diri sorang perempuan kat Seksyen 7 ni yang dengarnya sebab putus cinta. Tragis nasib baik tak mati.

Kalau aku kat tempat kejadian masa tue, dan yang nak bunuh diri itu adalah lelaki, aku akan siapkan video cam siap dengan pembesar suara cabar dia supaya terjun cepat-cepat. Gila kalau upload kat Youtube mahu dapat view juta-juta. Naseb la perempuan kan? Kalau terdaya tolong la sambut.

Bodoh ya amat la kalau putus cinta sampai nak bunuh diri.


Thursday, June 5, 2014

OoM Thought: Kegilaan yang Mengarut

Ini adalah repost daripada my past blog


gambar ihsan google

Kegilaan maksudnya ketaksuban
Ketaksuban boleh jadik mengarut kalau akal tak dapat menilai dengan waras
Dan ketaksuban boleh buatkan seorang itu jadik gila.
Tak percaya?

Contoh 1

Ali menceraikan isterinya dengan talak 3 sekaligus.
Sekarang Ali telah gila bayang sasau sebab tak boleh nak rujuk balik kecuali jandanya itu kawin lain.
Ali langsung mencarik seorang "Cina Buta" (pak sanggup) untuk berkahwin dengan isteri beliau dan mahu isteri beliau diceraikan pada malam itu juga. Isterinya setuju.
Pada malam itu, "Cina Buta" tersebut telah memberikan "servis" yang tak pernah isteri beliau rasai dan oleh kerana itu isteri beliau tak mahu diceraikan.
Ali gila dan tak lama terjun dari jambatan dan bunuh diri dekat Sungai Klang...