p e l i k !
Adalah sesuatu yang pelik sekiranya dalam hutan teal, tiba-tiba ada traffic jammed kereta yang terbiar. Malays be like "perkampungan bunian", "fenomena aneh", "hantu angkat kereta" dan sebagainya. Semuanya akan jadik pelik kalau kita tak tau hujung pangkal dan cerita yang sebenar.
Di tengah-tengah hutan kecik berhampiran Chatillon, selatan Belgium terdapat perkuburan kereta-kerata klasik yang ditinggalkan. Sekali tengok macam kereta-kereta ni tersangkut macam traffic jammed dan sesuatu terjadik dan pemandunya lari keluar selamatkan diri dan tinggalkan kereta depa. Tapi cerita sebenarnya adalah kereta-kereta ni adalah milik tentera US yang titugaskan di wilayah ini pada zaman pasca perang. Adalah tidak diketahui macam mana depa boleh dapat kereta ni ada masa perang. Bila Perang Dunia ke 2 berakhir, semua askar-askar ni telah dihantar balik ke US, tapi oleh sebab kos shiiping untuk hantar kereta depa ni balik US balik adalah mahal, maka kereta-kereta ni terbiar saja cam gini di negara Moron Fellani. Kereta-kereta ni dibawak menaiki bukit dan kemudian diparking ditempat yang kononnya orang tak akan tahu dan tersembunyi dan askar-askar ni pun kembali la balik kat US. Dan bila dah balik pun keadaan tetap jugak tak berubah dan kalau la askar-askar ni nak retrive balik depa punya kereta, kosnya tetap juga sangat mahal dan akhirnya takdak satu pun kereta-kereta ni dibawak balik ke US.
Di Chatilon ni sebenarnya terdapat 4 lagi perkuburan kereta-kereta klasik yang mana satu satu tepat boleh menampung lebih kuran 500 biji kereta. Lama-lama kereta klasik ni terbiar dan makin bekarat dan apa yang tinggal telah diambil sama ada oleh pencuri atau pengumpul kereta klasik.