Tuesday, May 13, 2014

OoM 10 Terpantas: 10 Pesawat Pejuang Terpantas

Nak terbang dengan kelajuan bunyi kentut? Haha. Check out 10 Pesawat Pejuang Terpantas di dunia.

1. X-15

X-15 Rocket Plane

                                                                                          Gambar: U.S airforce


Armada X-15 adalah pesawat yang dibina dengan kerjasama NASA dan U.S. Airforce. Terkini, pesawat ini masih memegang rekod pesawat terlaju yang pernah dicipta oleh manusia, iaitu Mach 6.72 (4,520 mph atau 7,274 km/h). X-15 telah "diberhentikan perkhidmatan" pada 1970, tetapi apa yang menariknya semasa ilustrasi program X-15, 13 penerbangan oleh 8 juruterbang yang berbeza telah melebihi altitud 80 km diangkasa (sikit lagi nak sampai bulan. haha). Antara juruterbang yang telah test drive kapal terbang laju ini adalah Neil Amstrong iaitu antara manusia yang telah menjejak kaki ke bulan.



2. SR-71 Blackbird

SR-71 Blackbird

                                                                                                 Gambar: U.S Airforce

SR-71 Blackbird adalah pesawat pejuang yang telah dibina pada zaman perang dingin dan dibina oleh Lockheed pada tahun 1960-an. Program pembinaan pesawat ini dinamakan "Black Project" bermakna program ini adalah program berklasifikasi tinggi. Peswat pejuang yang mempunyai enjin berkembar dan dua tempat duduk ini direka supaya mampu mengatasi ancaman semasa era perang dingin seperti boleh memintas peluru berpandu. SR-71 Blackbird boleh terbang selaju Mach 3.3(2,200 mph, atau 3540 km/h) pada ketinggian 80,000 kaki (24,400 m). Pesawat ini telah melakukan penerbangan pertama pada tahun 1964 dan telah digunakan oleh U.S Air Force daripada tahun 1964 hingga 1998.


3. Lockheed YF-12

Lockheed YF-12
  
                                                                                                Gambar: U.S airforce


Lockheed YF-12 adalah pesawat prototype yang juga telah dibina oleh Lockheed Corporation pada lewat 1950-an hingga awal 1960-an. Pesawat ini direka memintas pesawat musuh pada kelajuan Mach 3 (kira-kira 2000 mph). Ujian terhadap YF-12 telah dilakukan dilakukan di "Area 51" iaitu kawasan latihan rahsia U.S Air Force, terletak di kawasan terpencil selatan Nevada. Pesawat ini banyak digunakan untuk menyembunyikan identiti pesawat peninjau Lockheed A-12 yang juga telah dijuji pada masa yang sama untuk CIA. Penerbangan pertama pesawat YF-12 adalah pada tahun 1963 dan telah dilporkan mencapai kelajuan Mach 3.2 (2,070 mph atau 3,330 km/h) pada altitud ketinggian 80,000 kaki (24,400 m). U.S Airforce telah membatlkan program pesawat ini namunYF-12 telah digunakan sehingga tahun 1978 untuk melakukan penerbangan ujian untuk U.S Airforce dan NASA.

4. Mikoyan- Gurevich MiG - 25 Foxbax

MiG-25 Foxbat

                                                                                         Gambar: DoD, jurugambar tidak diketahui


MiG-25 Foxbat direka untuk menyekat dan memintas pesawat musuh pada kelajuan supersonic dan mengumpul data ketika melakukan penerbangan tinjuan. Penerbangan pertama pesawat ini dilakukan pada tahun 1964 dan telah digunakan oleh Soviet Air Defense Forces pada tahun 1970. Pesawat ini terbang sehingga kelajuan Mch 3.2 (2,190 mph atau 3,524 km/h.Walaupun penggunaan MiG-25 Foxbax masih terhad untuk Russian Air Force, peswat ini  juga digunakan oleh beberapa negara seperti Algerian Air Force dan Syirian Air Force.

5. Bell X-2 "Starbuster'

Bell X-2 Rocket Plane

                                                                                                Gambar: NASA


Bell X-2 adalah pesawat pejuang yang dibina bersama oleh Bell Aircraft Corporation, U.S. Air Force dan NASA pada tahun 1945. Pesawat ini dibina untuk menyiasat isu aerodinamik terhadap pesawat supersonik yang terbang pada kelajuan antara Mach 2 dan Mach 3. Pesawat ini telah melakukan penerbanganpetama pada November 1955. Tahun berikutnya pada bulan September Kapten Milburn Apt telah menerbangkan pesawat ini dan telah pesawat ini telah mencapai kelajuan maksimum Mach 3.2 (2,094 mph atau 3,370 km/h) pada alitutd 65,000 kaki (19,800 m). Namun begitu selepas pesawat ini mencapai kelajuan maksimum Kapten Milburn cuba untuk memusingkan pesawat pada kelajuan lebih Mach 3 dan pesawat ini telah hilang kawalan dan cubaan Kapten Milburn untuk mengawalnya telah gagal. Insiden tragik ini telah menamatkan program X-2 selepas peswat ini melakukan 20 penerbangan ujian.

6. XB-70 Valkyrie
XB-70 Valkyrie

                                                                                             Gambar: U.S Air Force

Pesawat yang mempunyai 6 enjin ini telah direka oleh North American Aviation pada letak 1950-an. peswat ini direka sebagai prototype untun pesawat pengebom nuklear. XB-70 Valkyrie telah mencapai kelajuan maksimum iaitu Mach 3.02 (2,000 mph atau 3219 km/h), pada altitud 70,000 kaki (21,300 m). 2XB-7- telah dibina dan telah digunakan sebagai pesawat ujian supersonik pada tahun 1964 hingga 1969. Satu daripada 2 pesawat ini telah hilang pada tahun 1966 berlanggar di udara. Satu daripada XB-70 ini dipamerkan kepada umum di National Museum of the United States Air Force yang teletak di Dayton, Ohio.

7. Mikoyan MiG Foxhound

MiG-31 Foxhound

                                                                           Gambar:  DoD, jurugambar tidak diketahui

Mikoyan MiG-31 Foxhound adalah pesawat pejuang supersonik besar yang mempunyai enjin berkembar dan telah direka untuk menyekat pesawat musuh pada kelajuan supersonik. Pesawat ini telah melakukan penerbangan pertama pada September 1975 dan telah diperkenalkan oleh Soviet Air defense pada tahun 1982. MiG-31 mencapai kelajuan Mach 2.83 (1860 mph, atau 3,000 km/h) dan mampu terbang pada kelajuan supersonik altitud rendah. Pesawat ini masih digunakan oleh Russian Air Force dan Kazakhstan Air Force.

8. F-15 Eagle
F-15 Eagle

                                                                    Gambar: U.S. Air Force photo/Staff Sgt. Christopher Hubenthal

F-15 Eagle adalah pesawat pejuang taktikal yang mempunyai enjin berkembar dan telah direka oleh McDonnell Douglas pada tahun 1967. Pesawat ini direka untuk mendapat dan mengekalkan penguasaan di udara semasa pertempuran di udara. F-15 Eagle telah melakukan penerbangan pertama pada tahun 1976. F-15 mampu terbang pada kelajuanmelebihi mach 2.5 (1,650 mph, atau 2,655 km/h) dan telah diakui sebagai salah satu pesawat yang paling berjaya pernah direka. F-15 dijangka akan terus digunakan oleh U.S. Airforce sehingga 2025, dan juga digunakan oleh negara luar seperti Jepun, Israel dan Arab Saudi.

9. F-111 Aardvark

F-111 Aardvark

                                                            Gambar: U.S. Air Force photo by Master Sgt. Kevin J. Gruenwald

F-111 Aardvark adalah pesawat tempur yang dibina pada tahun 1960 an oleh General Dynamics. Pesawat ini mula beroperasi untuk U.S. Air Force pada tahun 1967 dan telah digunakan sebagai pesata pengebom dan pesawat peninjau. F-111 boleh terbang pada kelajuan Mach 2.5 (1,650mph atau 2,655 km/h) atau  2.5 lebih laju daripada kelajuan bunyi. F-111 telah digunakan secara meluas semasa perang Vietnam.

10. Sukhol Su-27 Flanker

Su-27 Flanker

                                             Gambar: DoD photo by Tech. Sgt. Thomas J. Doscher, U.S. Air Force/Released

Sukhol Su-27 Flanker ialah pesawat pejuang yang mempunyai enjin berkembar dan telah digunakan oleh U.S.S.R untuk mengimbangi kekuatan pesawat Amerika. Pesawat ini melakukan penerbangan pertama pada May 1977 dan secara rasminya telah beroperasi untuk Soviet Air Force pada tahun 1985. Pesawat ini mampu mencapai kelajuan mach 2.35 (1,550 mph atau 2,500 km/h) atau 2.35 lebih laju daripad akelajuan bunyi. Su-27 mendapat reputasi sebagai salah satu pesawat yang pejuang terbaik pada masanya dan masih lagi digunakan oleh tentera di Russia, Belarus dan Ukraine. Kalau tak salah, Malaysia pun pakai Su-27.


3 comments: