10. Buku dan Kertas
Pernah tak kadang-kadang bukak buku lama-lama tengok macam ada ulat? Ok menda alah kecik itu dipanggil ulat buku atau dalam English book lice/ pdovids. Ulat kecik ni tak bewarna, kecik sangat yang hidup dalam dan membesar dalam buku. Ulat kecik ni unik sebab boleh membiak dengan pantas sebab yang betina boleh bertelur tanpa perlu bersetubuh dengan yang jantan.
9. Tilam
Setiap setengah jam, kira-kira 1.5 juta sel-sel kulit mati akan menggelupas daripada kulit. Dan yang menariknya, sel-sel kulit mati ni akan menarik perhatian sesuatu iaitu debu hama. Banyak kajian dah mendapati bahawa ada berjuta-juta debu hama kat atas tilam kita. Thats why sekarang banyak produk pencuci yang introduce anti debu hama. Ok jom cuci cadar sekarang! Haha
8. Berus Gigi
Berus gigi kita yang ada kat dalam bilik mungkin antara yang menjijikan yang terdapat kat dalam rumah. Sebabnya, biasanya bilik air kita dekat dengan toilet kan? Bila kita berak, lepas tue flush kalau masa flush tak tutup penutup jamban tue, bakteria-bakteria daripada najis kita akan berterbangan bebas. Dan lagi, berus gigi kita jugak adalah tempat ideal untuk bakteria bersembunyi, terutamanya dengan berus halus tue.
7. Saliran air
Tempat saliran air biasanya menjadi tempat atau laluan atau highway kepada lipas, dan boleh jadik jugak tikus. Dan perasan tak kadang-kadang bila lubang saliran air dalam bilik air tue terbukak akan nampak macam air bertakung tapi tak banyak? Tersumbat la tue. dan kadang-kadang boleh nampak stalagtit dan stalagmit dalam tue. Dah macam simen dah. Haha
6. Peti Ais
Mengejutkan bukan? Fungsi peti ais adalah untuk melambatkan makanan daripada cepat rosak. Tapi, kadang-kadang peti ais ni berbau kan? Kadang-kadang sayuran atau buah buahan yang kita simpan mungkin dah rosak dan tumbuh kulat. Itu yang buatkan berbau. Teringat satu petua Melayu kalau nak hilangkan bau dalam peti ais, letak arang. Mungkin betul sebab tengok la berus gigi pun ada yang ada berus dengan arang dah.
5. Tong Sampah
INi budak tadika pun tau! Bakteria paling sesuai membiak dalam suhu bilik atau suhu biasa/normal. So, we all know kan?
4. Baju / Kain Lembab / Span basuh pinggan/ span mandian (loofah)
Bakteria memerlukan beberapa elemen untuk hidup dan membiak (makanan, oksigen, suhu, masa, kelembapan). Kain-kain lembab, tambahan yang terperuk tak berbasuh dalam bilik air mungkin jadik sarang kuman. Hati-hati!
3. Vacuum Cleaner
Vacuum cleaner ni selalu guna untuk bersihkan atau sedut habuk yang ada atas karpet, lantai. Dan rasanya karpet tue mesti pebuh dengan debu hama. Dan lagi, rasanya ramai dari kita bukan dan bersihkan vacuum cleaner atau terus buang sampah atau habuk yang ada dalam bag vacuum cleaner tue kan?
2. Tandas
Tak dinafikan, tandas adalah tempat yang tak bersih. At leats lepas berak atau kencing flush. Dan kalau guna tandas duduk jangan mencangkung.
1. Diri Sendiri
Jangan seronok sangat. Kebanyakan punca bakteria dan kuman yang ada kat rumah adalah diri kita sendiri. Kat kulit kita sendiri sebenarnya terdapat lebih seratus bakteria. Jadi, eloklah bawak-bawak mandi. Kuku pendek, bulu hidung pendek (pesan diri sendiri)
Selalu tengok cerita MOnster Inside Me kat Animal PLanet. Kita kena bersyukur walaupun hiudp kita ni dipenuhi bakteria dan kuman yang merbahaya, sistem imunisasi badan kita cepat counter semua ni. Sebab tue kita tak terjejas. Kalau orang yang sakit dan sistem imunisasi badan tak normal, mungkin bermasalah. Take care of yourself. .N. :(
gambar: ihsan carian google
No comments:
Post a Comment