Harga rumah di Malaysia sangat mahal. Kalau di bandar besar harga sudah juta-juta. Tapi jangan risau sebab purata pendapatan purata isi rumah rakyat Malaysia adalah RM 5900 bak kata menteri. Dengan RM5900 boleh beli harga rumah juta-juta. Tapi rakyat Malaysia suka berjimat maka sebab itulah ramai yang masih menyewa atau duduk di rumah PPRT. Lulz,.
Realiti yang perlu sedar, kalau pendapatan isi rumah RM5900 itu kira dah golongon sederhana di bandar. Pendapatan bawah RM3000 kalau di bandar-bandar besar memang dah masuk kategori miskin bandar.
Oleh kerana ramai yantg tak mampu untuk memili rumah, maka idea untuyk rumah yang kecil dan harag lebih murah banyak timbul sekarang ni. Contohnya rumah daripada kontena untuk mangsa mangsa banjir.
Seorang architect daripada Mexico, Javier Senosiain yang bekerja untuk Arquitectura Organica telah mereka bentuk sebuah rumah fantasi yang sememangnya real!. Rumah berbentuk seperti cengkerang siput ini yang terletak berhampiran dengan Mexico City adalah inspirasi daripada hasil kerja Gaudi, Frank Lloyd Wright dan juga alam semulajadi.
Rumah ini kelihatan seperti rumah yang ikan duyung. Cantik dan sangat mengkagumkan!
Rumah ni dikatakan telah dimiliki oleh sebuah keluarga yang bosan hidup dengan rumah konvensional.