Tuesday, August 12, 2014

OoM Facts: Apa yang Budak Sekolah di Perancis Makan di Kantin Sekolah?

p e n u h b e r k h a s i a t !

Menjadik cita-cita dan impian aku untuk tengok budak-budak di sekolah makan makanan yang berkhasiat dan dimasak dengan proper dan memenuhi standard HACCP macam Brahim's Airlines Catering. Idea ni pernah aku bagi masa kelas research and methadologi dan jenuh jugak la telagah dengan prof aku. Bagi aku, adalah menjadik hak setiap budak-budak untuk dapat makanan yang proper, berkhasiat dan bersih. Tapi, selagi takdak sapa yang nak revolusikan kantin sekolah untuk jadik macam Brahim's Airlines Catering, sampai bila-bila makanan kat kantin sekolah Malaysia berada di tahap yang sama dan tak akan berubah. Sedih bila tengok keadaan kantin sekolah, macam mana makanan terdedah, makanan tak ikut suhu betul, makanan tak berkhasiat dan macam-macam lagi. Sedih!

Ideanya macam ni, setiap sekolah perlu ada dapur yang proper, yang mana segala standard Hazard Analysis Critical Point (HACCP) -ini kalau tak faham sila google. Lulsz- atau sekurang-kurangnya mendapat sijil akreditasi HALAL daripada JAKIM dan setiap sekolah perlu ada carta organisasi dapur macam hotel punya. Sekolah perlu ada catering officer/dietitian sendiri. Bukan aku nak cakap yang guru besar, cikgu-cikgu tak boleh nak monitor kntin sekolah, tapi cikgu-cikgu sebenarnya dah terbeban sangat dengan tangungjawab lain. 

Kita boleh ambik contoh di Perancis, yang mana setiap menu untuk di sekolah dibuat 2 bulan lebih awal oleh pihak pihak pengurusan kantin sekolah. Kemudian, menu akan dihantar kepada dietitian yang akan buat sikit pembetulan. Contohnya, dietitian mungkin akan tukarkan cupcake (desert) dengan buah-buahan kalau dia rasa banyak sangat dah gula dalam menu pada minggu tue. Aatau mungkin dia akan modified sikit menu dengan tambah sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. See?

Di Perancis, semua makanan di kantin sekolah dibuat/disediakan dan dimasak di dapur tue sendiri. Dan bukannya ready made atau frozen. See? Tiada makanan rapu dan sebagainya.

Sampai bila kita nak tengok budak-budak sekolah kat Malaysia makan makanan yang merapau-merapu dan takdak planning langsung? Budak-budak nilah yang bakal jadik pemimpin negara kita suatu hari nanti. Depalah yang bakal jadik orang yang akan gerakkan negara kita nanti. Sampai bila kita nak tengok dalam tv atau baca dalam suratkhabar kes-kes keracunan makanan yang tak habis-habis? Tak kan nak tunggu sampai ada kes mati beramai-ramai sebab keracunan makanan baru kita nak ambik langkah? 

Adalah menjadik impian aku untuk suatu hari nanti makanan dikantin sekolah adalah PERCUMA dan makanan yang dihidang lengkap dan berkhasiat macam gambar dibawah:







OoM Kreatif: Lukisan Potret Gaya Asas Yang Blowing MInd (24 GAMBAR)

s u p e r b !

Banyak cara atau gaya yang orang guna untuk melukis. Tapi, gaya asas gunakan pensil, pen, water colour adalah antara yang paling popular, basic dan menarik. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita belajar atau ilhamkan dari potret-potret dibawah yang superb!

c h e c t h i s o u t !

sila klik SINI untuk berita penuh!





Monday, August 11, 2014

OoM Cool: Himpunan Solidariti Bantah Kekejaman Zinonis di London

h u m a n k i n d w i t h h u m a n h e a r t !

Seluruh dunia mengecam kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Semalam (10/08/2014) seramai 150,000 umat manusia berhimpun di London, UK  untuk menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin. Sarah Colborne, Pengarah Kempen Solidariti Palestine di UK menyatakan bahawa,
 "We are here to send a message to our government that we are ashamed, we are sick and we are disgusted at the massacre in Gaza and the British government's complicity. There are people from different political parties and every section of society, people of all faiths and people of none, who say 'sanctions now, free Palestine'."

like palestinesolidarityuk 

#prayforGAZA






 But, meanwhile in Malaysia some stupid assholes doing this!




SUMBER: palestinesolidarityuk

Sunday, August 10, 2014

OoM Nothing: Naruto sadness & sorrow (Violin) Cover by Taylor Davis

s a d .

Listening to this make me want to say.. good bye 😢



Friday, August 8, 2014

OoM Tempat menarik aka Creepy: Kampung yang Penduduknya Adalah Patung (15 GAMBAR)

c r e e p y !

Mari melawat Nogoro, sebuah kampung kecil yang terletak di lembah Shikoku Jepun. Yang menariknya, kampung ini tidak mempunyai penduduk yang sebenar. Penduduk kampung ini adalah Patung. Pasti yang tertatnya-tanya adakah penduduk di kampung ini telah mati sekaligus?

Sebenarnya, kampung ini ditinggalkan oleh penduduknya yang mencari kerja di bandar dan penduduk yang ada telah mati. 11 tahun lepas, Tsukimi Ayano pulang ke kampungnya ini dan beliau berasa sangat sunyi. Oleh kerana sunyi yang teramat sangat, dia telah mereka kembali penduduk di kampung kecil ini dengan anak patung yang bersaiz manusia. Setiap satu daripada anak patung ini mewakili bekas penduduknya. Terdapat kira-kira 350 buah anak patung bersaiz manusia yang menjadi penduduk tetap kampung ini. 

Sebenarnya ini tidak creepy. Ayano sebenarnya berasa sangat sunyi dan inilah mungkin cara beliau untuk hilangkan kesunyian beliau. Nice work! Dan dah jadik tarikan pelancong pun. Japanese for the WIN!