Monday, March 9, 2015

OoM Genius Idea: 15 Cara Mengajar Manusia yang Parking Macam Harei (15 GAMBAR)

l u l z

Double parking sememangnya adalah perkara yang sangat menyakitkan hati. Nasib baiklah di Malaysia semua orang baik-baik belaka dan budaya double park bukanlah budaya 1Malaysia. Maklumlah rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup aman dan harmoni dibawah payung 1Malaysia. Lulz.

Kalau anda berhadapan dengan situasi malaun yang double park, bolehlah lakukan perkara seperti di bawah. tapi jangan lupa sila lari laju-laju selepas itu.





Thursday, March 5, 2015

OoM Idea: Rumah Fantasi yang Sememangnya Realiti (9 GAMBAR)

l a w a !

Harga rumah di Malaysia sangat mahal. Kalau di bandar besar harga sudah juta-juta. Tapi jangan risau sebab purata pendapatan purata isi rumah rakyat Malaysia adalah RM 5900 bak kata menteri. Dengan RM5900 boleh beli harga rumah juta-juta. Tapi rakyat Malaysia suka berjimat maka sebab itulah ramai yang masih menyewa atau duduk di rumah PPRT. Lulz,.

Realiti yang perlu sedar, kalau pendapatan isi rumah RM5900 itu kira dah golongon sederhana di bandar. Pendapatan bawah RM3000 kalau di bandar-bandar besar memang dah masuk kategori miskin bandar.

Oleh kerana ramai yantg tak mampu untuk memili rumah, maka idea untuyk rumah yang kecil dan harag lebih murah banyak timbul sekarang ni. Contohnya rumah daripada kontena untuk mangsa mangsa banjir.


Seorang architect daripada Mexico, Javier Senosiain yang bekerja untuk Arquitectura Organica telah mereka bentuk sebuah rumah fantasi yang sememangnya real!. Rumah berbentuk seperti cengkerang siput ini yang terletak berhampiran dengan Mexico City adalah inspirasi daripada hasil kerja Gaudi, Frank Lloyd Wright dan juga alam semulajadi.

Rumah ini kelihatan seperti rumah yang ikan duyung. Cantik dan sangat mengkagumkan!

Rumah ni dikatakan telah dimiliki oleh sebuah keluarga yang bosan hidup dengan rumah konvensional.




OoM Cool!: Epic Win untuk Teman Lelaki yang Bengang dengan Girlfriend

e p i c

Ini adalah cara terbaik yang boleh anda buat kalau bengang dengan GF. Lulz~!






JANGAN LUPA LIKE FANPAGE OUT OF MIND!
KLIK SINI UNTUK GAMBAR EMMA MAEMBONG DAN CHACA MAEMBONG YANG ERRRRMMMMMM! loL

Wednesday, March 4, 2015

OoM Cute: Pulau Misteri didiami Kucing (23 GAMBAR)

c o m e y b a q h a n g !

Jepun adalah negara yang dipenuhi dengan segala benda yang comey. Ini tidak termasuklah dengan Maria Ozawa. 

Pulau Aoshima adfalah sebuah pulau kecil yang penduduknya kebanyakan adalah nelayan. Pulau ini adalah satu daripada berdozen "Pulau Kucing" yang ada di Jepun. Di Pulau Aoshima, jumlah kucing melebihi jumlah penduduknya. Di sini terdapat beratus-ratus ekor kucing yang tinggal dan berkeliaran dengan bebas di rumah-rumah terbengkalai dan lorong-lorong. Ini baru namanya "alley Cat!

Di pulau ini, jumlah kucing mengatasi jumlah penduduk dengan skala 1:6. Oleh kerana pulau ni tiba-tiba jadik viral di online, maka pelancong mula datang melawat untuk melihat sendiri keunikan dan kecomelan kucing-kucing yang terdapat di Pulau Aoshima ini.

p/s: Sebab kucing-kucing ni duduk di Jepun, mukanya pun kenapa macam orang Jepun? Mata pun sepet.





OoM Tercantik: Pelangi yang Menakjubkan! (20 GAMBAR)

c a n t i k !

Pelangi adalah keajaiban semulajadi yang sangat menakjubkan. Masa kecik-kecik ada lagu pelangi yang buat aku percaya betul-betul "kalau tunjuk.. tangan jadi kudung". Lolz. masa kecik dulu selalu jugak nampak pelangi tapi sekarang dah jarang-jarang sangat dah.

Jadinya, macam mana pelangi terbentuk?

Pelangi terjadik bila cahaya matahari melalui lembapan yang terdapat di ruang udara. Biasanya terjadi selepas hujan panas. Pelangi terbentuk secara melengkung dan bertentangan dengan arah cahaya,

Ada tujuh warna pelangi. Masa sekolah dulu nak hafal cikgu bagi formula "Mat Jenin Ke Hutan Bawa Nasi Ulam". Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Nila (Indigo), dan Ungu.

Jom usha 20 pemandangan cantik terbentuk hasil daripada pelangi yang mengagumkan!




Thursday, January 1, 2015

OoM Cool: Cara Terbaik Boleh di Buat Apabila Putus Tunang (17 GAMBAR)

t o t a l l y w o r t h i t !


Seorang student aku penah bercerita pada aku pengalaman dia putus tunang kira-kira dua minggu sebelum majlis nikah dan kahwin beliau. Sedih. Nasihat aku senang. "Allah nak bagi kamu jumpa seorang yang lebih baik daripada dia sebab kamu berhak dapat seorang yang lebih baik. Lebih baik semua tue jadik sebelum kamu nikah dengan dia sebab kalau  jadik selepas kamu nikah dengan dia maka semua itu akan jadi lebih susah dan menyakitkan".

Kisah Shelby Swink yang ditinggalkan lagi 5 hari sebelum majlis kahwin dengan lelaki yang dia cintai selama tiga tahun boleh jadik iktibar. Cara dia handle masalah sangat best. Hidup mesti terus. Instead of sedih-sedih, fefeling layan jiwang dia layan photoshoot bertemakan "trash the dress". 

Way to go dan harapnya dia bertemu dengan jantan yang lebih baik! 



Tuesday, November 11, 2014

OoM Trending: Model Plus Size Calvin Klein

l u l z !

Ini adalah gambar Myla Dalbesio. Model Calvin Klein yang palinng so called "GEMUK" a.k.a plus size.. Ini adalah jauh panggang daripada masyarakat sebenar (U.S.A) yang kebanyakannya gemuk sebab banyak sangat kedarah McD. Dalam kempen "Perfectly Fit" Calvin Klein membuktikan bahawa betapa terputusnya hubungan antara dunia fesyen dengan orang-orang yang gemuk. Dek kerana rasa tak puas hati, ramai pengguna media sosial mengecam Clavin Klein. Jeles mungkin?

Jadi, orang-orang yang plus size, jangan kecil hati. Sila bertabah sebab dunia ini memang kejam. Hahaha. Sila berusaha untuk kurus supaya lepas kurus boleh pakai baju ketat-ketat dan jadik model terlajakkkkkkk laruisssssssssss..


OoM Cool: Gambar Memaparkan Realiti Generasi Kita Sekarang (16 GAMBAR)

s e e m l e g i t s !

Banksy telah menjadi icon budaya dengan street art yang awesome dan tersendiri. Rekaan beliau selalu kelihatan macam "malas2" dan simple dan banyak, memaparkan lukisan yang menceritakan sesuatu yang personal, political dan jugak mesej sosial.

Jom usha karya beliau yang memaprkan mesej betapa realiti generasi kita sekarang. Klik SINII untuk like fanpage facebook belliau (unofficial: banksy) untuk banyak lagi art yang hebat.

u s h a m e h !




Monday, November 3, 2014

OoM Fail: Model ini Berusaha Jadik Gemuk! (8 GAMBAR)

d u n i a t e r b a l i k !

Seorang model dari Los Angeles Tammy Jung,23 memaksa badannya menerima 5000 kalories satu hari untuk berusaha menjadi model Big Beatiful Women paling cantik di internet. Orang susah payah nak kuruskan badan dia sengaja nak jadik gemuk. Tammy Jung ni berusaha untuk menambah 14 pound sebulan untuk mengejar cita-cita musnahkan diri beliau. Haha. Dan yang menariknya, pakwe beliau sendiri menyokong usaha beliau untuk jadik gemuk. Ok chantek lepas gemuk tinggal! Alee Utoooo!



 


Wednesday, August 27, 2014

OoM Pelik: Ayam Cemani- Ayam yang Dari Bulu Hingga ke Daging Warna Hitam (8 GAMBAR)

Di Indonesia, terdapat sejenis baka ayam yang level hitamnya mengalahkan bonto kuali. Bukan setakat hitam bulu, sampaikan daging, tulang organ dalaman pun hitam jugak. Darah ayam ini jugak warna merahnya agak gelap. Mak ayam/bapak ayam ini adalah dari baka ayam Cemani yang terdapat di Jawa, Indonesia. 

Aspek itam beliau yang melampau ini sebenarnya disebabkan oleh mutasi genetik. Jangan terkejut sebab ayam ini harganya boleh mencapaui $ 2,500 oo. Lagi mahai dari "ayam high class" dari Ukraine. Lulz.











Saturday, August 23, 2014

OoM Sadis: Video Hisap Gam dan Bergaduh

s a d i s !



Video ini tidak lawak dan serius. Hisap gam kesannya sangat serius. Boleh gila dan bawak mati. Laloq tak ketahuan sampai tak tau dan tak sedar apa jadik di sekeliling. 

Nasihat kepada diri sendiri. Silalah pastikan anda tahu ke mana anak anda pergi, dan dengan siapa dia berkawan. Kalau end up jadik macam ni apa pun tak boleh dah. Betapa ruginya kalau budak-budak baru nak mengecap nikmat akil baligh (suara pun belum pecah lagi) jadik macam ni. 

Kepada para remaja, zaman remaja hangpa cuma sekali saja. Tak salah nak jadik nakal sikit sebab pengalaman nakal tue yang akan ajar hangpa jadik orang a.k.a manusia. Nakal sikit itu adalah nikmat jadik seorang remaja. Tapi sila jangan jadik bodoh dengan mencuba benda-benda tak ketahuan.   






JANGAN LUPA LIKE FANPAGE OUT OF MIND!
KLIK SINI UNTUK GAMBAR EMMA MAEMBONG DAN CHACA MAEMBONG YANG ERRRRMMMMMM! loL

Thursday, August 21, 2014

OoM Video: Kehidupan Seharian Seorang Pengidap Dwarfism (Kerdil)

t a k e n o t e !



Dwarfism ataupun kerdil adalah satu keadaan yang menyebabkan seorang itu berkedaan kecik daripada manusia. Ramai antara kita mungkin tidak menghormati golongan ini, secara sedar atau pun tak.

Terima kasih kepada seorang dwarfism, Jonathan Novick, yang berumur 22 tahun kerana dengan usaha beliau kita boleh melihat betapa tidak berhati perut, kurang ajar, dan mengjengkelkan bagi seseorag seperti beliau yang terpaksa menghadapi karenah manusia yang tidak faham atau buat-buat tak faham tentang beliau. Dengan menggunakan kamera tersembunyi, Jonathan telah merakam perkara-perkara yang beliau kena hadapi setiap hari di bandar New York dan hasilnya, sebuah dokumentri bertajuk "Don't Look Down on Me" yang diupload di YouTube dan telah meraih lebih daripada 1.6 juta penonton.




OoM Kreatif: Hasil Kreatif Daripada Botol yang Dibuang (30+ GAMBAR)

d i y !

Hasil seni kreatif daripada botol plastik yang semua kita boleh buat sendiri kat rumah. Marilah sama-sama kurangkan sampah dan selamatkan bumi!

j o m u s h a !




OoM Pedih: Lukisan Potrait Lelaki Pengidap Alzheimer (8 GAMBAR)

s a d !

Alzheimer atau dalam Bahasa Melayu mudahnya adalah adalah penyakit nyanyuk (dementia) merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang secara lazimnya dikaitkan dengan penuaan atau pertambahan usia. Pesakit alzheimer menghadapi keadaan ingatan merosot sehingga satu tahap tidak mampu lagi mengurus diri sendiri.

Tapi jangan salah anggap penuaan sebenarnya bukanlah punca utama penyakit alzheimer namun risiko seorang untuk mendapat penyakit alzheimer meningkat sebanyak 5 peratus apabila seorang itu meningkat usia 65 tahun ke atas.

Seorang pelukis yang berasal daripada Britain- William Utermohlen telah didiagnos mengidap alzheimer pada tahun 1995. Utermohlen mempunyai cara tersendiri untuk mengecheck perkembangan penyakit beliau dengan mendokumenkan lukisan dirinya sendiri (lukis sendiri) sampailah dia langsung tak ingat rupa diri dia yang sebenar. Apa yang menyedihkan, melalui lukisan yang beliau lukis menunjukkan betapa cepatnya alzheimer ini memberi kesan kepada ingatan pegidapnya. Lukisan potrait diri beliau sendiri ini menggambarkan betapa beliau sedih, ketakutan dan perubahan diri beliau sepanjang beliau menghidap alzheimer.

William Utermohlen meninggalkan dunia ini pada tahun 2007.


Lukisan potret yang dilukis William pada tahun 1967


1996

Monday, August 18, 2014

OoM Video: Rokok dan Kopiah

.....................

Speechless. Nite & Assalamualaikum.


OoM Trending: Bila Lelaki BerMake-up (16 Gambar)

n o h o r o m z !

Seminggu dua ni jarang bukak facebook. Maklumla bz nak kawen. Lulz! So this is new trending guys and gals. Sila bukak atau klik #makeuptransformation di instagerem atau facebook dan taraaaaaa!

j o m u s h a !



OoM Lulz: Sekiranya Label Pada Botol Arak "Jujur"

l u l z !

Arak adalah haram diminum bagi orang Islam. Sebab? Banyak buruk banyak dari baik (sikit sangat sangat sangat). Tapi masih ada lagi Muslim yang berbangga tayang gambar tengah togok arak kat facebook ataupun instagerem (bak kata Amran Pekida).

Dan marketers arak ni banyak gunakan taktik-taktik yahudi yang cucuk jarum halus menunjukkan minum arak ni boleh bagi hilang sunyi, lupa masalah, riang-ria dan sebagainya. Tapi, sebaliknya?

Macam dibawah!

j o m u s h a !



Wednesday, August 13, 2014

OoM Cool!: Hotel yang Dibina atas Kren! (15 GAMBAR)

n a k t i d u r s i n i s a t u m a l a m !

Faralda NDSM Crane Hotel adalah pelik tapi cool kerana di bina atas kren. Terletak di Halingen, Amsterdam, hotel ini dibina atas sebuah kren tapi dengan hiasan dalaman yang menarik dan moden jugak! Siap ada jakuzi lagi wei. Ada 3 jenis bilik/suites iaitu Mistique, Secret dan free Spirit Suites. Jadik silalah pilih mana perkenan di hati. Hotel ni jugak ada sediakan khidmat aktiviti bungee jumping bagi siapa yang berminat. Super duper cool!

nak booking? Sila klik SINI

j o m u s h a !



Tuesday, August 12, 2014

OoM Facts: Apa yang Budak Sekolah di Perancis Makan di Kantin Sekolah?

p e n u h b e r k h a s i a t !

Menjadik cita-cita dan impian aku untuk tengok budak-budak di sekolah makan makanan yang berkhasiat dan dimasak dengan proper dan memenuhi standard HACCP macam Brahim's Airlines Catering. Idea ni pernah aku bagi masa kelas research and methadologi dan jenuh jugak la telagah dengan prof aku. Bagi aku, adalah menjadik hak setiap budak-budak untuk dapat makanan yang proper, berkhasiat dan bersih. Tapi, selagi takdak sapa yang nak revolusikan kantin sekolah untuk jadik macam Brahim's Airlines Catering, sampai bila-bila makanan kat kantin sekolah Malaysia berada di tahap yang sama dan tak akan berubah. Sedih bila tengok keadaan kantin sekolah, macam mana makanan terdedah, makanan tak ikut suhu betul, makanan tak berkhasiat dan macam-macam lagi. Sedih!

Ideanya macam ni, setiap sekolah perlu ada dapur yang proper, yang mana segala standard Hazard Analysis Critical Point (HACCP) -ini kalau tak faham sila google. Lulsz- atau sekurang-kurangnya mendapat sijil akreditasi HALAL daripada JAKIM dan setiap sekolah perlu ada carta organisasi dapur macam hotel punya. Sekolah perlu ada catering officer/dietitian sendiri. Bukan aku nak cakap yang guru besar, cikgu-cikgu tak boleh nak monitor kntin sekolah, tapi cikgu-cikgu sebenarnya dah terbeban sangat dengan tangungjawab lain. 

Kita boleh ambik contoh di Perancis, yang mana setiap menu untuk di sekolah dibuat 2 bulan lebih awal oleh pihak pihak pengurusan kantin sekolah. Kemudian, menu akan dihantar kepada dietitian yang akan buat sikit pembetulan. Contohnya, dietitian mungkin akan tukarkan cupcake (desert) dengan buah-buahan kalau dia rasa banyak sangat dah gula dalam menu pada minggu tue. Aatau mungkin dia akan modified sikit menu dengan tambah sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. See?

Di Perancis, semua makanan di kantin sekolah dibuat/disediakan dan dimasak di dapur tue sendiri. Dan bukannya ready made atau frozen. See? Tiada makanan rapu dan sebagainya.

Sampai bila kita nak tengok budak-budak sekolah kat Malaysia makan makanan yang merapau-merapu dan takdak planning langsung? Budak-budak nilah yang bakal jadik pemimpin negara kita suatu hari nanti. Depalah yang bakal jadik orang yang akan gerakkan negara kita nanti. Sampai bila kita nak tengok dalam tv atau baca dalam suratkhabar kes-kes keracunan makanan yang tak habis-habis? Tak kan nak tunggu sampai ada kes mati beramai-ramai sebab keracunan makanan baru kita nak ambik langkah? 

Adalah menjadik impian aku untuk suatu hari nanti makanan dikantin sekolah adalah PERCUMA dan makanan yang dihidang lengkap dan berkhasiat macam gambar dibawah:







OoM Kreatif: Lukisan Potret Gaya Asas Yang Blowing MInd (24 GAMBAR)

s u p e r b !

Banyak cara atau gaya yang orang guna untuk melukis. Tapi, gaya asas gunakan pensil, pen, water colour adalah antara yang paling popular, basic dan menarik. Mungkin ada sesuatu yang boleh kita belajar atau ilhamkan dari potret-potret dibawah yang superb!

c h e c t h i s o u t !

sila klik SINI untuk berita penuh!