Monday, June 23, 2014

OoM Throwback: Makna status relationship di Facebook

Ini adalah repost daripada blog lama. :)




Kamu dan kamu dan kamu semua pasti sangat alert dengan status perhubungan atau relationship rakan-rakan, sedara mara, jiran tetangga, dan jugak musuh di Facebook. Biasanya, updated status misalnya dari status "in relationship" kepada "single" mesti mendapat feedback yang banyak. Banyak yang menasihatkan konon, tapi dalam hati mungkin berkata "padan muka ko, itulah poyo sangat!".

Ok, kali ini aku nak reveal, berdasarkan pandangan serta pemerhatian aku berkenaan makna dan makna tersembunyi status relationship di Facebook.

Ini adalah pandangan peribadi. 

Status: Single

Makna

Status single bermakna tunggal, seorang diri atau sebatang kara. Tidak mempunyai hubungan khusus.

Makna tersembunyi:

a. Status single mungkin bermakna atau menunjukkan bahawa seseorang itu tidak laku, dan tiada siapa mahukan beliau.

b. Beliau mungkin seorang yang sangat memilih, dan sangat teliti perhubungan khusus. Beliau juga mungkin masih tidak sedia untuk berhubungan khusus.

c. Mungkin beliau penipu. Jika lelaki, beliau mungkin telah berkahwin tiga, mempunyai anak sedozen, namun berhasrat untuk tambah kuota lagi satu. Beberapa ciri-ciri spesifik akaun Facebook beliau adalah:

-Kawan wanita melebihi 80 peratus bilangan member

-Komen sangat tak banyak di page beliau biarpun kawan ramai.

-Menunjukkan beliau  mungkin kaki ayat di chatbox Facebook.

-Akaun Facebook beliau meragukan (biar betul single!)

d. Mungkin sudah couple, tapi masih mahu mencari yang lebih baik.

e. Beliau mungkin tidak suka expose bahawa diri beliau telah ada hubungan khusus. Sebab? Takut kantoi dengan family oleh kerana Facebook sangat mudah mengkantoikan orang.

Status: In Relationship

Maksud:

Mudah. Maksudnya beliau telah memiliki kekasih hati.

a. In Relationship dengan gender berbeza: Normal

b. In Relationship dengan gender sama: Lesbian atau Gay





Maksud Tersembunyi (Mungkin juga tak tersembunyi)


a. In Relationship dengan gender berbeza: Normal

b. In Relationship dengan gender sama: Lesbian atau Gay

c. In Relationship dengan binatang: Bajet comel. Ada jugak status camnie. Jangan memain!

Contoh binatang yang biasa dijadikan mangsa adalah kucing, anjing, hamster, dan arnab.

d. In Relationship tanpa link kepada pasangan: Pasangan tiada Facebook. Atau mungkin juga baru lepas clash, dan lupa nak updated status.

e. Kes istimewa: In Relationship dengan gender yang sama (Wanita Sahaja)

Beliau mungkin tidak mahu diganggu, baru clash, atau terlalu ramai kacau beliau sehingga terpaksa dengan rela hati meletakkan status In Relationship dengan kawan baik wanita beliau. Kes ini tidak dapat diaplikasikan oleh lelaki kerana kalau lelaki buat camnie, memang poyo habis! Senang cerita beliau (lelaki yang buat macam nie) adalah gay.

Status: Engaged

Maksud:

Sangat mudah. Bertunang atau bakal kahwin.

Maksud Tersembunyi

Mungkin baru couple, gedik sangat letak engaged. Tak tersembunyi pun sebenarnya maksud dia. Boleh agak sebenarnya dengan sangat mudah.

Status: Married

Maksud:

Mudah. Telah bernikah secara sah!

Maksud Tersembunyi

a. Ini paling meluat antara yang termeluat sekali la. Belum berkahwin, couple baru setahun dua letak status married. Memang itu hak peribadi anda, tapi perlakuan itu diketahui oleh seluruh dunia dan kawan-kawan anda. Bayangkan kalau putus, sangat malu.

b. Married tanpa pasangan: Pasangan tiada Facebook. Atau mungkin belum kahwin tapi saja gedik letak status married.

Status: In Open Relationship

Maksud:

Lebih mengutamakan kawan-kawan dan jugak persahabatan.

Maksud Tersembunyi:

a. Baru lepas clash, perlukan kawan-kawan di sisi.

b. Enjoy dulu! Tak mau pening kepala.

c. "Aku adalah bebas dan tidak terikat".

Status: It's Complicated

Maksud:

"Sungguh payah nak ditafsirkan hubungan kami ini". (wak lu!)

Maksud Tersembunyi

a. Couple baru lepas gaduh. Konon merajuk!

b. Hubungan yang macam tiada kesudahan. Pendek kata suka hati saja.

c. Masing-masing belum sedia untuk komitmen. Tapi dalam hati ada taman (macam J.Love.. haha sekali lagi aku petik!

d. "Saya sangat kecewa dengan kamu! Tapi saya sukakan kamu!" (masing-masing merasakan seperti ini).

e. "Ini skandal yang aku paling disayangi. Kenapa kami tidak couple?"


Hahahaha. sapa baca sampai abis dia gila. 





No comments:

Post a Comment