Wednesday, August 27, 2014

OoM Pelik: Ayam Cemani- Ayam yang Dari Bulu Hingga ke Daging Warna Hitam (8 GAMBAR)

Di Indonesia, terdapat sejenis baka ayam yang level hitamnya mengalahkan bonto kuali. Bukan setakat hitam bulu, sampaikan daging, tulang organ dalaman pun hitam jugak. Darah ayam ini jugak warna merahnya agak gelap. Mak ayam/bapak ayam ini adalah dari baka ayam Cemani yang terdapat di Jawa, Indonesia. 

Aspek itam beliau yang melampau ini sebenarnya disebabkan oleh mutasi genetik. Jangan terkejut sebab ayam ini harganya boleh mencapaui $ 2,500 oo. Lagi mahai dari "ayam high class" dari Ukraine. Lulz.











Saturday, August 23, 2014

OoM Sadis: Video Hisap Gam dan Bergaduh

s a d i s !



Video ini tidak lawak dan serius. Hisap gam kesannya sangat serius. Boleh gila dan bawak mati. Laloq tak ketahuan sampai tak tau dan tak sedar apa jadik di sekeliling. 

Nasihat kepada diri sendiri. Silalah pastikan anda tahu ke mana anak anda pergi, dan dengan siapa dia berkawan. Kalau end up jadik macam ni apa pun tak boleh dah. Betapa ruginya kalau budak-budak baru nak mengecap nikmat akil baligh (suara pun belum pecah lagi) jadik macam ni. 

Kepada para remaja, zaman remaja hangpa cuma sekali saja. Tak salah nak jadik nakal sikit sebab pengalaman nakal tue yang akan ajar hangpa jadik orang a.k.a manusia. Nakal sikit itu adalah nikmat jadik seorang remaja. Tapi sila jangan jadik bodoh dengan mencuba benda-benda tak ketahuan.   






JANGAN LUPA LIKE FANPAGE OUT OF MIND!
KLIK SINI UNTUK GAMBAR EMMA MAEMBONG DAN CHACA MAEMBONG YANG ERRRRMMMMMM! loL

Thursday, August 21, 2014

OoM Video: Kehidupan Seharian Seorang Pengidap Dwarfism (Kerdil)

t a k e n o t e !



Dwarfism ataupun kerdil adalah satu keadaan yang menyebabkan seorang itu berkedaan kecik daripada manusia. Ramai antara kita mungkin tidak menghormati golongan ini, secara sedar atau pun tak.

Terima kasih kepada seorang dwarfism, Jonathan Novick, yang berumur 22 tahun kerana dengan usaha beliau kita boleh melihat betapa tidak berhati perut, kurang ajar, dan mengjengkelkan bagi seseorag seperti beliau yang terpaksa menghadapi karenah manusia yang tidak faham atau buat-buat tak faham tentang beliau. Dengan menggunakan kamera tersembunyi, Jonathan telah merakam perkara-perkara yang beliau kena hadapi setiap hari di bandar New York dan hasilnya, sebuah dokumentri bertajuk "Don't Look Down on Me" yang diupload di YouTube dan telah meraih lebih daripada 1.6 juta penonton.




OoM Kreatif: Hasil Kreatif Daripada Botol yang Dibuang (30+ GAMBAR)

d i y !

Hasil seni kreatif daripada botol plastik yang semua kita boleh buat sendiri kat rumah. Marilah sama-sama kurangkan sampah dan selamatkan bumi!

j o m u s h a !




OoM Pedih: Lukisan Potrait Lelaki Pengidap Alzheimer (8 GAMBAR)

s a d !

Alzheimer atau dalam Bahasa Melayu mudahnya adalah adalah penyakit nyanyuk (dementia) merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang secara lazimnya dikaitkan dengan penuaan atau pertambahan usia. Pesakit alzheimer menghadapi keadaan ingatan merosot sehingga satu tahap tidak mampu lagi mengurus diri sendiri.

Tapi jangan salah anggap penuaan sebenarnya bukanlah punca utama penyakit alzheimer namun risiko seorang untuk mendapat penyakit alzheimer meningkat sebanyak 5 peratus apabila seorang itu meningkat usia 65 tahun ke atas.

Seorang pelukis yang berasal daripada Britain- William Utermohlen telah didiagnos mengidap alzheimer pada tahun 1995. Utermohlen mempunyai cara tersendiri untuk mengecheck perkembangan penyakit beliau dengan mendokumenkan lukisan dirinya sendiri (lukis sendiri) sampailah dia langsung tak ingat rupa diri dia yang sebenar. Apa yang menyedihkan, melalui lukisan yang beliau lukis menunjukkan betapa cepatnya alzheimer ini memberi kesan kepada ingatan pegidapnya. Lukisan potrait diri beliau sendiri ini menggambarkan betapa beliau sedih, ketakutan dan perubahan diri beliau sepanjang beliau menghidap alzheimer.

William Utermohlen meninggalkan dunia ini pada tahun 2007.


Lukisan potret yang dilukis William pada tahun 1967


1996