c a n t i k !
Pelangi adalah keajaiban semulajadi yang sangat menakjubkan. Masa kecik-kecik ada lagu pelangi yang buat aku percaya betul-betul "kalau tunjuk.. tangan jadi kudung". Lolz. masa kecik dulu selalu jugak nampak pelangi tapi sekarang dah jarang-jarang sangat dah.
Jadinya, macam mana pelangi terbentuk?
Pelangi terjadik bila cahaya matahari melalui lembapan yang terdapat di ruang udara. Biasanya terjadi selepas hujan panas. Pelangi terbentuk secara melengkung dan bertentangan dengan arah cahaya,
Ada tujuh warna pelangi. Masa sekolah dulu nak hafal cikgu bagi formula "
Mat
Jenin
Ke
Hutan
Bawa
Nasi
Ulam". Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Nila (Indigo), dan Ungu.
Jom usha 20 pemandangan cantik terbentuk hasil daripada pelangi yang mengagumkan!