Tuesday, July 8, 2014

OoM Kreatif: Kalau Kucing Menggantikan Kita (6 GAMBAR)

i m a g i n e !

Cuba bayangkan, kita jadik kucing dan kucing jadik kita. Tak ke haru biru? haha. Seorang jurugambar dari Swiss, Sebatian Magnani telah mencipta dengan jayanya project yang dinamakan "Undercat", dimana projek ini mempotraitkan gambar side by side kucing yang telah diedit dan kemudiannya dicantumkan dengan tubuh manusia. hailnya? Mindblowing dan agak creepy jugak la. Banyak lagi project beliau macam "Underdog", "Suve", "Moonliver" yang memberikan hasil yang boleh tunggang tebalikkan minda. 

KLIK SINI UNTUK BANYAK LAGI HASIL KARYA SEBASTIAN MAGNANI


OoM Inovasi: Kedai Tanpa Plastik Pembungkus


b r i l l i a n t i d e a !



Corporate Social Responsibility (CSR) atau Khidmat Masyarakat adalah satu bahagian penting dalam pengurusan strategik sesebuah organisasi. Ideanya adalah lepas dapat keuntungan, mestilah bagi sikit kat komuniti. Tapi sistem kapitalis business ni memang pandai merapu. The idea of CSR sebenarnya dalah meliputi 1P 1E dan 1C iaitu Profit, Planet and Community. Profit tue keuntungan, Planet adalah environment dan Community tue masyarakat la. Sebenarnya, CSR ni dah jadi satu marketing strategy yang sangat efisyen untuk promote bahawa "Tengok, kami dah buat baik ni!"

Idea unpacked store atau kedai tanpa pakaging macam yang diinovasi sebuah store di germany seperti video dibawah adalah sangat brilliant. Bukan idea bangang macam "abang, hari ni hari sabtu, nak plastik kena bayar 20 sen". 

l o o k and l e a r n !





JANGAN LUPA LIKE OUT OF MIND KAT FACEBOOK!

KLIK SINI UNTUK GAMBAR EMMA MAEMBONG DAN CHACA MAEMBONG YANG ERRRRMMMMMM! lol

OoM Brilliant: Makna Kecantikan dari Perspektif Photoshoppers Seluruh Dunia (22 Gambar)


b e a u t y i s s u b j e c t i v e s !

Seorang jurnalist dan jurugambar yang berpangkalan di US Esther Honig telah melakukan satu projek yang ohsem berkenaan kecantikan. Subjek matter nya senang saja: Macam mana nak bandingkan dan tentukan standard kecantikan wanita di setiap pelusuk dunia. 

Penyelesaiannya senang saja. Honig dengan bijaksana telah menggarap idea yang hebat. Dengan gigihnya, dia telah secara sendirinya hantar gambar diri dia sendiri kepada freelance Photoshoppers ke negara-negara seleuruh dunia dengan satu permintaan: "Jadikan aku cantik". Photoshoppers ni ada yang amatuer dan ada yang proffesional telah mengedit gambar Honig berdasarkan apa yang dia rasakan cantik (mengikut budaya dan pandangan negara photoshoppers itu la). Dan hasilnya adalah seperti di bawah. Sungguh cantik itu adalah subjektif. 

j o m u s h a !


GAMBAR ASAL BELIAU



BANGLADESH


BULGARIA


Sunday, July 6, 2014

OoM Wonderful: Gambar Kanak-kanak Bermain dari Segenap Pelusuk Dunia (20 GAMBAR)

s e n y u m

Aku berazam bila mana aku sudah berkeluarga dan ada anak, aku tak akan bagi anak aku main handpgone, gajet, Ipad selagi depa tak berumur 12 tahun. Kenapa?

Banyak kajian mendapati bahawa segala bentuk gajet ni hanyalah merosakkan minda budak-budak. Perkembangan minda depa jadik terbantut, kawalan psiko motor kureng, sosial skill yang salah dan banyak lagi. Ya, mungkin ada antara kita yang berbangga anak-anak pandai slide gambar atau carik folder games di Tab, tapi fikirkan balik adakah itu yang dinamakan kebijaksanaan? Pedih nak accept dan mungkin ada yang sakit hati betul? 

Bila aku makan kat luar, selalu sangat aku tengok mak bapak bagi anak-kecik depa umur 3 sampai 6 tahun main games kat Tab, Ipad, etc. Reason? Sebab tak nak anak-anak merengek atau bising atau ganggu masa makan. Dan anak-anak kecik ni asyik la duk main games tanpa fikirkan apa yang jadik kat sekeliling depa. Fikir adakah apa yang dilakukan itu betul? Ingatan untuk diri sendiri. 

Tengok gambar-gambar kat bawah. Yes kebanyakan dari budak-budak ni adalah datang dari keluarga yang susah dan tak mampu nak sediakan kemewahan tab, Iphone, PSP dan segala bagai. Tapi cuba tengok riak wajah depa dan bandingkan riak wajah depa dengan riak wajah anak-anak kita yang khusyuk main games kat Tab...

sokong kami untuk kempen Kami Berjanji Tak Akan Bagi Anak Kami Main Handphone Sampai Umur 12 Tahun dengan mengelike page itu kat facebook

klik di link dibawah! dan bantu anak-anak kita hidup dengan lebih riang!




OoM Konsep: Idea untuk Bilik Yang Kecik (30 GAMBAR)

o k l a w a !

Bilik anda kecik tapi gedik jugak nak design lawa-lawa? Idea dibawah mungkin dapat membantu anda! Tapi sila siapkan wang dan ringgit.