Ini adalah entri lama dari blog lama aku. Masa zaman baru start blogging. sebenarnya kagum sat dengan diri sendiri sebab tak tau macam mana boleh rajin tulis panjang-panjang. Merepek plak tue. Haha. teringin nak tahu, ada tak antara readers blog yang ingat apa yang aku cerita ni? Mungkin dulu hangpa penah kot tersesat masuk blog lama aku. Lulz. Sekarang seba tekanan kerja dah tak rajin nak tulis panjang-panjang gini. Jangan ambik serius tentang apa yang ada dibawah ni sebab ini adalah zaman doulu-dolu punya cerita. :P
Wahai wanita,
pernah terfikir sebab apa kadang-kadang kamu dan kamu semua agak menyampah
tengok lelaki? Dan lelaki, dan aku sendiri juga pernah terfikir tak sebab apa
wanita menyampah dengan kamu dan aku?
Aku bahagikan
sebab-sebab kepada dua iaitu sebab logik dan jugak tidak logik.
SEBAB LOGIK
Perempuan adalah
makhluk pelik. Kadang-kadang, apa yang kita rasa menyampah dia rasa ok. Contoh,
aku merasakan shopping itu mengarut (beli, then balik sudah la. haha) tapi
kebanyakan perempuan suka gila shopping. Macam tu jugak dengan sebab dan
penyebab buat perempuan menyampah kepada lelaki. Setiap orang berbeza. Itu yang
pasti. Tapi, sebab-sebab logik am atau general yang buat kebanyakan perempuan
menyampah tengok lelaki adalah:
Annoying
Annoying dalam
bahasa Melayu agak-agak sama macam menjengkelkan. Lelaki yang annoying biasanya
poyo. Kadang-kadang aku jugak macam ni. Sebab tu perempuan menyampah kat aku.
Contoh annoying adalah seperti buat benda bodoh, lawak bodoh tak kena tempat,
ayat tak kena gaya, muka kerang busuk, dsb.
Kalut
Perempuan jugak
sangat menyampah lelaki kalut. Perempuan sukakan lelaki yang cool. Apa situasi
tetap maintain cool (walau dalam hati Tuhan je tahu). Tapi, cool itu mesti ada
batas. Jangan jadik cool sampai macam takdak perasaan langsung. Itu gila
namanya. Aku? Boleh jadik kalut sangat, dan kadang-kadang terlebih cool plak.
Haha..
Bedebah
Lelaki bedebah
adalah jenis lelaki yang buruk perangai segala serbi. Tapi bagi aku, bedebah ni
lebih menjurus kepada ambik kesempatan.
Perempuan: Jumpa
lelaki macam ni sila maki ramai-ramai
Lelaki: Jumpa
lelaki macam ni sila jadikan partner gay.... Eh2... Silap. Sila pukul beliau
ramai-ramai.
Berlagak Pandai
Serius aku memang
berhadapan terus dengan situasi macam ni. Seorang kawan aku dulu (masa zaman
moda-mudi) memang gila-gila punya berlagak pandai. Semua benda dia nak betul.
Semua benda tak nak kalah. Semua benda kena ikut cakap dia. Nak tau apa jadik?
Bukan setakat perempuan, lelaki pun turut memulaukan beliau. Sekarang aku tak
pasti beliau telah insaf atau tak.
Manja Mengada
Kebanyakan
perempuan yang aku jumpa memang sangat menyampah kepada lelaki yang manja plus
mengada. Sebab? Lelaki adalah tempat bergantung kepada perempuan. Kalau semua
benda nak merungut, semua benda nak ada orang tolong, macam mana perempuan nak
bergantung?
Banyak Mulut
Menjadi seorang
yang banyak mulut adalah tidak salah. Tapi bila dah banyak mulut, maka makin
banyak kita salah cakap dan makin terbongkar kelemahan kita. Banyak mulut jugak
buatkan seorang lelaki itu kelihatan sangat tidak cool. Paling elok: Cakap
perkara yang perlu sahaja dan mesti ada unsur humor (aku pun tak mampu nak
buat).
Malas
No komen.
SEBAB TAK LOGIK
Ini pulak antara
sebab tak logik yang aku rasa tak mungkin buatkan seorang perempuan menyampah
tengok lelaki:
Miskin
Perempuan tidak
akan menyampah tengok lelaki miskin. Kalau miskin, plus hensem, plus baik, plus
rajin maka itu pakej lengkap (tambah sikit aspek kepandaian). Perempuan mesti
suka punya (walau mula-mula kesian).
Muka Tak Hensem
Perempuan jugak
tidak menyampah jika seseorang lelaki itu tidak hensem langsung. Tak hensem
boleh jadik pakej, cuma kena tambah sikit pakej duit dengan ayaq liur.
Kerja Tak Macam
Orang
Kebanyakan
perempuan tidak menyampah kepada lelaki berdasarkan pekerjaan. Contoh terbaik:
bangla kerja kilang pun still boleh ayat sampai dapat kan? Mamat Lambok yang
kerja kat tapak binaan pun boleh bawak lari awek cun punya balik Lambok.
Pendapatan Tak
Menentu
Kebanyakan
perempuan tak akan menyampah tengok lelaki yang gajinya ciput. Tapi akan
menyampah kalau lelaki gaji ciput, tapi bajet best macam gaji mengalah
pengarah.
Pakai Selekeh
Kebanyakan
perempuan tak menyampah lelaki yang selekeh, tapi mungkin akan rasa geli kot.
Bodoh a.k.a Kurang
Pandai
Kebanyakan
perempuan tak menyampah terhadap lelaki bodoh. Tapi akan rasa bengang kalau
kebodohan itu sampai menyusahkan diri perempuan tersebut.. Hhahahahaha..
Contoh? Bodoh lelaki tak reti tukar kereta pancit, bila tahap berpanas, peluh
pondan pun dah banyak menitik, mahu tak bengang perempuan tersebut.
(sekurang-kurangnya
dalam situasi ni lelaki tersebut harus berlagak pandai)
Lurus Bendul
Lurus bendul
adalah adik kepada bodoh. Tapi lurus bendul ni sebenarnya agak comel kalau tak
keterlaluan. Kebanyakan perempuan tak menyampah kepada lelaki yang lurus
bendul.
-Habis-