Showing posts with label OoM Tempat Menarik. Show all posts
Showing posts with label OoM Tempat Menarik. Show all posts

Wednesday, August 13, 2014

OoM Cool!: Hotel yang Dibina atas Kren! (15 GAMBAR)

n a k t i d u r s i n i s a t u m a l a m !

Faralda NDSM Crane Hotel adalah pelik tapi cool kerana di bina atas kren. Terletak di Halingen, Amsterdam, hotel ini dibina atas sebuah kren tapi dengan hiasan dalaman yang menarik dan moden jugak! Siap ada jakuzi lagi wei. Ada 3 jenis bilik/suites iaitu Mistique, Secret dan free Spirit Suites. Jadik silalah pilih mana perkenan di hati. Hotel ni jugak ada sediakan khidmat aktiviti bungee jumping bagi siapa yang berminat. Super duper cool!

nak booking? Sila klik SINI

j o m u s h a !



Friday, August 8, 2014

OoM Tempat menarik aka Creepy: Kampung yang Penduduknya Adalah Patung (15 GAMBAR)

c r e e p y !

Mari melawat Nogoro, sebuah kampung kecil yang terletak di lembah Shikoku Jepun. Yang menariknya, kampung ini tidak mempunyai penduduk yang sebenar. Penduduk kampung ini adalah Patung. Pasti yang tertatnya-tanya adakah penduduk di kampung ini telah mati sekaligus?

Sebenarnya, kampung ini ditinggalkan oleh penduduknya yang mencari kerja di bandar dan penduduk yang ada telah mati. 11 tahun lepas, Tsukimi Ayano pulang ke kampungnya ini dan beliau berasa sangat sunyi. Oleh kerana sunyi yang teramat sangat, dia telah mereka kembali penduduk di kampung kecil ini dengan anak patung yang bersaiz manusia. Setiap satu daripada anak patung ini mewakili bekas penduduknya. Terdapat kira-kira 350 buah anak patung bersaiz manusia yang menjadi penduduk tetap kampung ini. 

Sebenarnya ini tidak creepy. Ayano sebenarnya berasa sangat sunyi dan inilah mungkin cara beliau untuk hilangkan kesunyian beliau. Nice work! Dan dah jadik tarikan pelancong pun. Japanese for the WIN!



Friday, August 1, 2014

OoM Adrenalin: Devil's Pool- Kolam Renang Paling Merbahaya Di Dunia (12 GAMBAR)

a d r e n a l i n j u n k i e s s e k a l i a n !

Adakah anda rasa bosan dengan hidup dan tak tahu nak buat apa untuk habiskan cuti raya? Apa kata luangkan sedikit masa untuk berenang di satu kolam renang paling bahaya di dunia. Sebuah kolam renang yang terdapat di kawasan Air Terjun Victoria di Zambia merupakan tempat di mana anda boleh siapkan wasiat dahulu kemudian boleh lah pergi berenang. Ada satu kawasan di Air Terjun Victoria yang membentuk secara semulajadi kolam renang (semulajadi) yang dinamakan Devil's Pool. Apabila sungai surut pada satu tahap yang tertentu, biasanya pada bulan September dan Disember, kawasan atas, atau lapisan batu di atas air terjun Victoria akan membentuk kawasan cetek yang membolehkan adrenalin junkies sekalian berenang kat situ. Kalau silap berenang, atau asyik sangat, atau stim sangat, boleh slip terus jatuh dari air terjun. Dan, memang ada dilaporkan orang mati masa berenang kat situ ada terjadik.

Jadik,tunggu apa lagi?

d i p e r s i l a k a n ! 




Thursday, July 17, 2014

OoM Tempat Best: Giethoorn - Kampung Tanpa Jalan di Belanda (8 GAMBAR)

w o n d e r f u l !

Sibuk dan menyampah dengan kehidupan kota yang penuh hiruk pikuk, riuh rendah, asap dan macam-macam lagi? Jom kita melancaong ke Giethoorn- sebuah kampung yang cantik di Belanda. Pemandangan yang cantik, dan semulajadi, rumah dengan design old school, dan jambatan yang cantik-cantik. Suasana sunyi tanpa bunyi kenderaan adalah tarikan utama di sini, kerana Giethoorn tak ada jalan. pengangkutan uatma adalah bot! dah macam dalam cerita-cerita dongeng. Bunyi kerata tak dak, bunyi bot ada! Giethorn hanya diketahui kewujudannya selepas tahun 1958, apabila seorang pengarah filem di Belanda Bert Haanstra datang ke sini dan merakamkan sebuah komedi bertajuk "fanfare". dn kini tempat ni menjadik salah satu tarikan pelancong jika berkunjung ke Belanda.

Kalau dari Amsterdam, jaraknya kira-kira 90 KM dan kalau dari Rotterdams atau Hague jaraknya kira-kira 100 km. Dekat je sebab Belanda bukanlah negara yang besar.

Sememangnya tempat macam ni sangatlah cantik dan kalau dibuat sepanjang sungai Klang macam gini kan bagus. Tapi, kalau buat macam ni kat Malaysia, tahan dua minggu mungkin. lepas tue penuh sampah, dan air yang jernih dah jadik limbah.

j o m u s h a g i e t h o o r n !







Wednesday, May 28, 2014

OoM Tempat Menarik di Dunia: Pink Lake a.k.a Tasik Merah Jambu

Nohooooroom warna pink!
Ever wonder wujudnya sebuah tasik berwarna pink macam air sirap bandung? Yes the lake is actually exist! Kalau berkesempatan dan selalu travel, bole luangkan masa melawat sebuah tempat di Australia Barat yang ada tasik berwarna pink. Lake Hillier adalah tasik berwarna pink di Middle Island, kumpulan kepulauan terbesar yang membentuk Recherche Archipelago di pesisiran pantai Esperance. 
Kalau dari atas, tasik ini kelihatan seperti chewing gum pejal berwarna merah jambu. Tasik ini panjangnya kira-kira 600 meter dan dikelilingi tepian pasir dan kawasan hutan pokok paperbark dan pokok kayu putih yang padat. Satu jaluran gumuk pasir yang diliputi tumbuhan memisahkannya dari Southern Ocean yang berwarna kebiru-biruan. Tempat cantik yang perlu pergi!
Belum ada yang tahu dengan jelas mengapa tasik tersebut berwarna merah jambu. Ahli-ahli sains mengagak warna pink sirap bandung itu terhasil daripada bahan yang dihasilkan bakteria yang tinggal di dalam kerak garam dalam tasik tersebut. Walau apa-apa pun, sangat cantik!
j o m t e n g o k !