Friday, August 1, 2014

OoM Adrenalin: Devil's Pool- Kolam Renang Paling Merbahaya Di Dunia (12 GAMBAR)

a d r e n a l i n j u n k i e s s e k a l i a n !

Adakah anda rasa bosan dengan hidup dan tak tahu nak buat apa untuk habiskan cuti raya? Apa kata luangkan sedikit masa untuk berenang di satu kolam renang paling bahaya di dunia. Sebuah kolam renang yang terdapat di kawasan Air Terjun Victoria di Zambia merupakan tempat di mana anda boleh siapkan wasiat dahulu kemudian boleh lah pergi berenang. Ada satu kawasan di Air Terjun Victoria yang membentuk secara semulajadi kolam renang (semulajadi) yang dinamakan Devil's Pool. Apabila sungai surut pada satu tahap yang tertentu, biasanya pada bulan September dan Disember, kawasan atas, atau lapisan batu di atas air terjun Victoria akan membentuk kawasan cetek yang membolehkan adrenalin junkies sekalian berenang kat situ. Kalau silap berenang, atau asyik sangat, atau stim sangat, boleh slip terus jatuh dari air terjun. Dan, memang ada dilaporkan orang mati masa berenang kat situ ada terjadik.

Jadik,tunggu apa lagi?

d i p e r s i l a k a n ! 
















No comments:

Post a Comment