Tuesday, July 22, 2014

OoM Throwback: Sebab Perempuan Menyampah dengan Lelaki

Ini adalah entri lama dari blog lama aku.  Masa zaman baru start blogging. sebenarnya kagum sat dengan diri sendiri sebab tak tau macam mana boleh rajin tulis panjang-panjang. Merepek plak tue. Haha. teringin nak tahu, ada tak antara readers blog yang ingat apa yang aku cerita ni? Mungkin dulu hangpa penah kot tersesat masuk blog lama aku. Lulz. Sekarang seba tekanan kerja dah tak rajin nak tulis panjang-panjang gini. Jangan ambik serius tentang apa yang ada dibawah ni sebab ini adalah zaman doulu-dolu punya cerita. :P






Wahai wanita, pernah terfikir sebab apa kadang-kadang kamu dan kamu semua agak menyampah tengok lelaki? Dan lelaki, dan aku sendiri juga pernah terfikir tak sebab apa wanita menyampah dengan kamu dan aku?

Aku bahagikan sebab-sebab kepada dua iaitu sebab logik dan jugak tidak logik.

SEBAB LOGIK
Perempuan adalah makhluk pelik. Kadang-kadang, apa yang kita rasa menyampah dia rasa ok. Contoh, aku merasakan shopping itu mengarut (beli, then balik sudah la. haha) tapi kebanyakan perempuan suka gila shopping. Macam tu jugak dengan sebab dan penyebab buat perempuan menyampah kepada lelaki. Setiap orang berbeza. Itu yang pasti. Tapi, sebab-sebab logik am atau general yang buat kebanyakan perempuan menyampah tengok lelaki adalah:

Annoying
Annoying dalam bahasa Melayu agak-agak sama macam menjengkelkan. Lelaki yang annoying biasanya poyo. Kadang-kadang aku jugak macam ni. Sebab tu perempuan menyampah kat aku. Contoh annoying adalah seperti buat benda bodoh, lawak bodoh tak kena tempat, ayat tak kena gaya, muka kerang busuk, dsb.

Kalut
Perempuan jugak sangat menyampah lelaki kalut. Perempuan sukakan lelaki yang cool. Apa situasi tetap maintain cool (walau dalam hati Tuhan je tahu). Tapi, cool itu mesti ada batas. Jangan jadik cool sampai macam takdak perasaan langsung. Itu gila namanya. Aku? Boleh jadik kalut sangat, dan kadang-kadang terlebih cool plak. Haha..

Bedebah
Lelaki bedebah adalah jenis lelaki yang buruk perangai segala serbi. Tapi bagi aku, bedebah ni lebih menjurus kepada ambik kesempatan.

Perempuan: Jumpa lelaki macam ni sila maki ramai-ramai
Lelaki: Jumpa lelaki macam ni sila jadikan partner gay.... Eh2... Silap. Sila pukul beliau ramai-ramai.

Berlagak Pandai
Serius aku memang berhadapan terus dengan situasi macam ni. Seorang kawan aku dulu (masa zaman moda-mudi) memang gila-gila punya berlagak pandai. Semua benda dia nak betul. Semua benda tak nak kalah. Semua benda kena ikut cakap dia. Nak tau apa jadik? Bukan setakat perempuan, lelaki pun turut memulaukan beliau. Sekarang aku tak pasti beliau telah insaf atau tak.

Manja Mengada
Kebanyakan perempuan yang aku jumpa memang sangat menyampah kepada lelaki yang manja plus mengada. Sebab? Lelaki adalah tempat bergantung kepada perempuan. Kalau semua benda nak merungut, semua benda nak ada orang tolong, macam mana perempuan nak bergantung?

Banyak Mulut
Menjadi seorang yang banyak mulut adalah tidak salah. Tapi bila dah banyak mulut, maka makin banyak kita salah cakap dan makin terbongkar kelemahan kita. Banyak mulut jugak buatkan seorang lelaki itu kelihatan sangat tidak cool. Paling elok: Cakap perkara yang perlu sahaja dan mesti ada unsur humor (aku pun tak mampu nak buat).

Malas
No komen.

SEBAB TAK LOGIK

Ini pulak antara sebab tak logik yang aku rasa tak mungkin buatkan seorang perempuan menyampah tengok lelaki:

Miskin
Perempuan tidak akan menyampah tengok lelaki miskin. Kalau miskin, plus hensem, plus baik, plus rajin maka itu pakej lengkap (tambah sikit aspek kepandaian). Perempuan mesti suka punya (walau mula-mula kesian).

Muka Tak Hensem
Perempuan jugak tidak menyampah jika seseorang lelaki itu tidak hensem langsung. Tak hensem boleh jadik pakej, cuma kena tambah sikit pakej duit dengan ayaq liur.

Kerja Tak Macam Orang
Kebanyakan perempuan tidak menyampah kepada lelaki berdasarkan pekerjaan. Contoh terbaik: bangla kerja kilang pun still boleh ayat sampai dapat kan? Mamat Lambok yang kerja kat tapak binaan pun boleh bawak lari awek cun punya balik Lambok.

Pendapatan Tak Menentu
Kebanyakan perempuan tak akan menyampah tengok lelaki yang gajinya ciput. Tapi akan menyampah kalau lelaki gaji ciput, tapi bajet best macam gaji mengalah pengarah.

Pakai Selekeh
Kebanyakan perempuan tak menyampah lelaki yang selekeh, tapi mungkin akan rasa geli kot.

Bodoh a.k.a Kurang Pandai
Kebanyakan perempuan tak menyampah terhadap lelaki bodoh. Tapi akan rasa bengang kalau kebodohan itu sampai menyusahkan diri perempuan tersebut.. Hhahahahaha.. Contoh? Bodoh lelaki tak reti tukar kereta pancit, bila tahap berpanas, peluh pondan pun dah banyak menitik, mahu tak bengang perempuan tersebut.
(sekurang-kurangnya dalam situasi ni lelaki tersebut harus berlagak pandai)

Lurus Bendul
Lurus bendul adalah adik kepada bodoh. Tapi lurus bendul ni sebenarnya agak comel kalau tak keterlaluan. Kebanyakan perempuan tak menyampah kepada lelaki yang lurus bendul.

-Habis-




1 comment: