Tuesday, August 5, 2014

OoM Cool: Beg Tangan Cantik yang Diperbuat daripada........... (18 GAMBAR)

k e k k a w e n !

Food art adalah amazing! Dan idea penghasilan sesuatu yang baru dan best tak akan pernah berhenti. Sekali tengok beg tangan di bawah, kita pasti tertipu. Beg-beg dibawah adalah sebenarnya adalah rekaan design kek yang berupa beg tangan. Sempoi jugak kalau buat kek kawen. Kan? kan? kan?

Aku tak boleh tengok design beg tangan. Tengok je beg tangan/handbag ni jadik sedih. 

Mungkin idea ni boleh bagi kedai-kedai kek idea untuk hasilkan something yang fresh dan inovasi yang lagi best!

j o m u s h a !




OoM Tragis: Mati kerana Selfie

t r a g i s !



Seorang lelaki dari Mexico telah mati selepas secara tak sengaja tertembak diri sendiri semasa sedang mengambil gambar selfie dengan senanpang yang mempunyai peluru.

Oscar Otero Aguilar yang bekerja di sebuah kedai haiwan peliharaan dikatakan mabuk ersamasama kawan beliau di Madero, sebuah bandar yang terletak di utara Mexico. Beliau dikatakan seorang yang suka berselfie dan upload gambar selfie beliau di media sosial. Account facebook beliau ada menunjukkan gambar beliau sedang mabuk, ambik gmbar dengan kereta, motosikal, dan perempuan. Dia dikatakan berada di rumah bersama dua rakan serumahnya, Omar Abner Campos Vives dan seorang lagi yang dikenali dengan nama "El Paco". Seorang jiran beliau, Manfredo Paez Paez telah mendengar bunyi tembakan dan jeritan dan kemudian beliau terus menghubungi polis. Semasa ditemui, Oscar masih hidup.


Monday, August 4, 2014

OoM Cool: Boikot Produk Support Kekejaman Zionis Level Expert!

t o t a l l y w o r t h i t !

Ini boikot level expert!




Sunday, August 3, 2014

OoM Cool: Imej dari Planet Marikh (20 Gambar)

h e b a t !

"Di antara (ayat-ayat) tanda-tanda-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya." (QS. Ash-Shuraa: 29).

Ramai saintis berpendapat Marikh ni dekat-dekat sama dengan bumi. Tapi bila tengok gambar-gambar di bawah, memang ada persamaan. Mungkin satu hari nanti misteri Marikh ni akan terungkai 100 percent!

Untuk masa sekarang, ushalah gambar-gambar dibawah ni dulu!

j o m u s h a !





 

Friday, August 1, 2014

OoM Adrenalin: Devil's Pool- Kolam Renang Paling Merbahaya Di Dunia (12 GAMBAR)

a d r e n a l i n j u n k i e s s e k a l i a n !

Adakah anda rasa bosan dengan hidup dan tak tahu nak buat apa untuk habiskan cuti raya? Apa kata luangkan sedikit masa untuk berenang di satu kolam renang paling bahaya di dunia. Sebuah kolam renang yang terdapat di kawasan Air Terjun Victoria di Zambia merupakan tempat di mana anda boleh siapkan wasiat dahulu kemudian boleh lah pergi berenang. Ada satu kawasan di Air Terjun Victoria yang membentuk secara semulajadi kolam renang (semulajadi) yang dinamakan Devil's Pool. Apabila sungai surut pada satu tahap yang tertentu, biasanya pada bulan September dan Disember, kawasan atas, atau lapisan batu di atas air terjun Victoria akan membentuk kawasan cetek yang membolehkan adrenalin junkies sekalian berenang kat situ. Kalau silap berenang, atau asyik sangat, atau stim sangat, boleh slip terus jatuh dari air terjun. Dan, memang ada dilaporkan orang mati masa berenang kat situ ada terjadik.

Jadik,tunggu apa lagi?

d i p e r s i l a k a n !