Friday, August 1, 2014

OoM Adrenalin: Devil's Pool- Kolam Renang Paling Merbahaya Di Dunia (12 GAMBAR)

a d r e n a l i n j u n k i e s s e k a l i a n !

Adakah anda rasa bosan dengan hidup dan tak tahu nak buat apa untuk habiskan cuti raya? Apa kata luangkan sedikit masa untuk berenang di satu kolam renang paling bahaya di dunia. Sebuah kolam renang yang terdapat di kawasan Air Terjun Victoria di Zambia merupakan tempat di mana anda boleh siapkan wasiat dahulu kemudian boleh lah pergi berenang. Ada satu kawasan di Air Terjun Victoria yang membentuk secara semulajadi kolam renang (semulajadi) yang dinamakan Devil's Pool. Apabila sungai surut pada satu tahap yang tertentu, biasanya pada bulan September dan Disember, kawasan atas, atau lapisan batu di atas air terjun Victoria akan membentuk kawasan cetek yang membolehkan adrenalin junkies sekalian berenang kat situ. Kalau silap berenang, atau asyik sangat, atau stim sangat, boleh slip terus jatuh dari air terjun. Dan, memang ada dilaporkan orang mati masa berenang kat situ ada terjadik.

Jadik,tunggu apa lagi?

d i p e r s i l a k a n ! 




Thursday, July 31, 2014

OoM Tercantik: 16 Pokok yang Paling Cantik di Dunia!

l a w a !

Tak siapa dapat nafikan yang pokok adalah penting dalam kehidupan kita. Pokok bekalkan oksigen dan serap Co2. Tanpa pokok kita akan mati. Serius! Jadik jom la sikit-sikit kita amalkan kita semula. Lulz! Malaysian be like: "Kitar semula? Like seriusly? Do I care?". Jangan nak membohong kata kita bukan macam tu. Haha.

Mungkin pokok-pokok yang cantik di bawah ni boleh bagi sikit semangat untuk kita amal kitar semula.

j o m u s h a Q !




Wednesday, July 30, 2014

OoM Cool: Bila Orang Malaysia Cuba untuk Kembalikan Memori Lama Melalui Gambar (20 GAMBAR)


i n i c o o l ~!

Dengan adanya teknologi, kita mungkin boleh recreate balik memori. Tapi feel tak sama la. SukanStar TV  (facebook) dengan kempen buat balik gambar lama sempena raya telah berjaya mengumpul banyak gambar-gambar menarik dari followersnya yang ratus-ratus ribu. Hasilnya? Sebahagian daripada gambar dibawah yang cool dan ohsem dan mungkin sikit poyo. Hahah.

Rasa kagum dari jauh dan pelik macam mana la muka hampas hingus penuh bila besar jadik mak ai cun. LolzX. 

untuk banyak lagi gambar macam ni, silalah like SukanStarTV di facebook!




Monday, July 28, 2014

OoM Inovasi: Dah Tak Payah Beli Baju,Spray di Badan Saja!

a p a p u n y a i d e a !



Seorang pereka fesyen dari Sepanyol, Fernando Manel Torres dan particle engineer, Paul Luckham dari Imperial College London telah mereka sebiji/sebuah/sekuntum baju yang bukan kebiasaan. Baju ini bukanlah baju, akan tetapi campuran fiber istimewa yang dcampur dengan polimer yang kemudiannya akan di spray/sembur pada badan dan kemudiannya jadik elastik dan tahan lasak untuk menggantikan kita punya normal shirt. Apa yang yang menarik, material campuran ni boleh disembur jadik layer-layer so kalau nak sembur atas kepala buat inner lepas tue sembur lagi buat tudung aidijuma atau bawal fareeda pun boleh. Dan yang menariknhya lagi, material yang disembur pada baju dan kemudiannya dah jadik baju boleh dibasuh macam baju biasa. Teknologi dan berita ni dah spread sejak tahun 2010 dah. Sekarang 2014, tak tau apa jadik sudah.

But, aku rasa berkembang untuk orang yang pandai painting, atau air brushing ja la. Yang mangkuk melukis macam aku ni apa pun tak boleh!


Saturday, July 26, 2014

OoM Kreatif: Kalau Dota 2 Heroes adalah Selebriti Hollywood (12 Gambar)

i n i p u n s e m p o i !

Anda suka main Dota 2? Pernah terbayang selebriti Hollywood mana yang resembles Dota 2 punya Hero? Check this out!

u s h a j o m !