Kucing memang comel. Tapi, untuk melatih kucing jadik seperti anjing pengesan bom adalah perkara hampir mustahil dan mungkin kerja mengarut dan sia-sia.
Acoustic Kitty adalah projek CIA yang dilancarkan oleh Directorate of Science & Technology pada tahun 1960 an. Projek ini bertujuan untuk menggunakan kucing sebagai dalam misi mengintip. Tujuan utama untuk mengintip kedutaan Kremlin dan Soviet masa zaman perang dingin. Jadik, macam mana kucing comel dijadikan seekor spy?
Gini caranya. Micophone dan bateri diletakkan dalam badan kucing dan ekor kucing tue diletak antenna. Kelengkapan inspector gajet pada kucing ini akan membolehkan kucing merakam dan menghubungkan bunyi daripada persekitaran.
Gini caranya. Micophone dan bateri diletakkan dalam badan kucing dan ekor kucing tue diletak antenna. Kelengkapan inspector gajet pada kucing ini akan membolehkan kucing merakam dan menghubungkan bunyi daripada persekitaran.
Projek ni gagal sebab kucing tak tahan dugaan masa menyiasat. Kucing bukan macam anjing. Masa menyiasat, spy kucing ni lapar dan melilau carik makan dan pasangan berjimak (nohoorom punya kucing, haha).
Misi pertama acoustic kitty adalah untuk spy dua orang lelaki di satu kawasan letak kereta di kedutaan Soviet di Wiscountin Avenue Washington. Spy kucing ni dilepaskan berdekatan kawasan berdekatan tapi kemudiaannya serta merta dilanggar teksi dan mati (kesian spy kucing ni). Tapi, kejadian ni dinafikan oleh bekas Pengarah Technical CIA, Robert Wallace dalam satu rancangan TV The World's Weirdest Weapons (Episod Weapon of the Superspiesepisode). Biasalah, sapa nak mengaku silap kan?
Project Acoutstic Kitty menelan belanja mahal iaitu lebih USD 20 juta. Projek ni kemudiannya gulung tikar pada tahun 1967. What a waste!
No comments:
Post a Comment